Thursday, April 1, 2010

April Fool dan sejarahnya

Hari ini adalah 1 April. Kalau masa zaman sekolah dulu tarikh ini la yang ditunggu untuk kenakan orang. Saya jalan-jalan di beberapa blog dan saya mendapat info ini untuk renungan sesama kita.

Sila baca.

Perayaan April Fool’s Day ini mula dirayakan
sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak
berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya
runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam
rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian
bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan
orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar
keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan
mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu
penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang
dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan
harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan
menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah
dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.
Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh
kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah
yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol
tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini
turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya
merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka
sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

Cerita ini saya copy dari http://sofianhilmi.net/blog/

Dan saya juga terjumpa ini dari web lain.

Kadangkala dalam keghairahan setengah2 orang Islam untuk membuang unsur2 bukan Islam dalam budaya dan aktiviti harian, ada yang mereka2 (fabricate) cerita untuk menguatkan hujah bahawa sesuatu aktiviti itu adalah tidak Islamik (contohnya asal-usul April Fools). Saya taklah ingin mengatakan bahawa cerita yang dibawa adalah rekaan, cuma tidak ada bukti sejarahnya sebegitu. Kalau ada faktanya dalam penulisan2 sejarah, samada dari perspektif penulisan Islam atau bukan Islam, saya minta supaya dibawa ke sini.

Setahu saya, April Fool ini adalah berasal dari penukaran Tahun Baru kalendar Gregorian (Masihi) dari 1 April ke 1 Januari pada tahun 1564, manakala jatuhnya kerajaan Islam Granada ke tangan Kristian adalah pada 2 Januari 1492.

Oleh itu, dengan mewarwarkan cerita yang tidak diasaskan kepada fakta ini, niat baik untuk meningkatkan iman dan kualiti keIslaman seseorang Muslim itu, sebaliknya menyebabkan Islam makin dicurigai, ditertawakan dan diperlekehkan oleh masyarakat bukan Islam.

Bukti akan merbahayanya cerita-cerita sebegini ialah apabila Answering Islam, suatu laman web yang mempromosikan ajaran Kristian dan selalu memperperkecilkan ugama Islam, telah menggunakan cerita April Fool (versi Granada) ini untuk menguatkan hujahnya bahawa Islam itu adalah didokong oleh manusia-manusia yang paranoid (takut bayang-bayang sendiri) dan didirikan atas dasar kebencian dan permusuhan.

Saya tidaklah suka untuk rekomen laman web ni kepada pembaca semua kerana isinya adalah cukup mengelirukan dan kalau yang tidak kuat imannya boleh terpedaya, tapi kalau nak tengok bukti apa yang saya sebutkan di atas, bolehlah berkunjung sekejap ke:

http://www.answering-islam.org.uk/Hoaxes/aprilfool.html

Internet adalah suatu kuasa yang sangat kuat. Digunakan dengan bijak ia boleh menolong menyebarkan keindahan Islam kepada manusia sejagat, tetapi kalau digunakan untuk menyebarkan cerita-cerita separuh benar dan khabar-khabar angin, ia boleh menjauhkan manusia dari Islam.

Nasihat saya kepada semua yang ghairah untuk memaklumkan umat manusia tentang Islam, berhati-hatilah. Jikalau berhadapan dengan cerita-cerita seperti asal-usul April Fool ini, periksalah dulu, tanyalah mereka yang lebih mengetahui misalnya pakar sejarah dan ustaz-ustaz, supaya kita sendiri tidak menjadi April Fools, menjadi bahan ketawa masyarakat bukan Islam. Janganlah menjadi sumber penyebaran pembohongan dan fitnah.

Walaubagaimanapun, hari April Fools tetap tidak boleh disambut atau dibesar-besarkan oleh orang-orang Islam, kerana ia mempunyai unsur- unsur tipuhelah, ketidakjujuran dan boleh merosakkan hubungan silaturahim sesama kita yang mana kesemuanya ini adalah bukan nilai Islam.

Wallahua'lam.

Dicopy dari http://mindarakyat0.tripod.com/2001mac/i2001-0749.htm

Ayway, sekadar untuk berkongsi maklumat. Bagi saya setelah ada bukti yang betul-betul sah baru lah kita boleh mempercayai sesuatu tu. Apapun April Fool bukan la best untuk diraikan. Memang best untuk mengenakan orang. Tapi orang yang terkena tu sakitnya hati.

Masa saya sekolah dulu-dulu mujurla x seteruk mana diorang kenakan orang. Setakat tulis atas kertas 'Sila pukul saya' or 'Saya sangat bodoh, sila ketuk kepala saya sekarang' then tampal di belakang mangsa. Ok la let say tiba-tiba orang yang tak berapa betul baca tu, tak pasal-pasal dia jadi 'Yang menurut perintah' and terus pukul orang tu. Kan ke naya. Ataupun kalau pun anda terselamat dari dipukul, bila anda nak tukar baju then baju anda terperasan kertas tersebut tertampal di belakang baju anda. Oh malunya... Patut la orang senyum-senyum je kat aku tadi. Ingat ke nak mengorat. Cesss..xzsqwaxklpdaldja

Apapun orang kata hari April Fool tak boleh marah-marah dan HARUS reda terima GURAUAN2 tersebut walau pun ada gurauan yang boleh membikin anda panas hati dan melampau!! Ada kah patut begitu??Ok, hari ni x ble marah.

No comments:

Post a Comment