Wednesday, March 31, 2010

My 1st Mtest

Ceh, ceh, ceh. Sibuk gak nak apply KPLI. Ari tu masa panggilan pertama, nama saya tak tersenarai dalam calon yang layak ambil Mtest. Bila fikir-fikir balik, patut la tak masuk senarai, result matrik pun x isi dalam borang dan yang saya isi dalam borang online tu cuma petak yang wajib diisi je. Jadi banyak la yang kosong. Ingat ke sebelum tarikh tutup nak semak kali kedua tapi terlupa. So bila kena panggil untuk ujian Mtest panggilan kedua, macam tak ready. Dapat SMS suruh check nama dalam moe punya web.

Tahniah, anda berjaya untuk menduduki ujian Mtest pada bla bla bla di bla bla bla. Ok lagi 5 hari dari tarikh ujian. Hari khamis baru ngada-ngada nak cari buku. Tapi sold out buku Mtest di semua kedai buku. Mungkin sebab panggilan kedua. Orang kat kedai buku pun taktau ada panggilan kedua. Terpaksa la study apa yang ada.

Macam susah gak analitikan tu. Tak cukup masa actually. Cukup je stengah jam penjaga exam kelam kabut suruh tukar paper dengan orang sebelah. Huh, x bagi chance langsung. Syok gak eh dah lama tak ambik exam. Tak tau la result mcm mana. Beribu orang apply. Analitical dah sah-sah busuk resultnya. Math pun ada tak sempat buat. Saya ingat ke dia bagi semua soalan dalam satu buku. Rupanya 1 buku 1 bahagian dan setiap setengah jam kena tukar buku soalan dengan orang sebelah. Maknanya kalau mula-mula my line jawab soalan math, orang yang line sebelah jawab soalan lain la. Bila dah habis masa 30 minit tukar lak buku soalan dengan orang sebelah. Orang sebelah tu lak tukar dengan orang sebelah kanan dia lak. then macam tu la seterusnya sampai semua orang dah jawab soalan bagi 5 part tu. Banyak masa free lepas jawab BI , verbal n insak. Siap boleh check jawapan lagi. Kalau la ble guna masa tu jawab analitikal and math...

No comments:

Post a Comment