Monday, March 1, 2010

Percutian ke Macau dan Hong Kong

Tak pernah terlintas difikiran untuk bercuti di Macau. Senang cakap tiada dalam list 'Negara-negara yang saya teringin nak pergi satu hari nanti'. Tapi dah rezeki datang depan mata, Tiket flight dan bilik hotel disponser. Cuma bawa duit untuk bershopping je. Kami di Macau selama 3 hari dan 2 hari di Hong Kong. Best sebab dapat pergi 2 negara dalam 1 percutian. Bangga tengok cop dalam pasport bertambah.

Kami sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Macau dah lewat petang. Disebabkan musim sejuk, jadi keadaan jadi cepat gelap. Keluar dari kapal terbang, suhu sejuk terus terasa. Mujur la kami awal-awal lagi dah sedia baju tebal-tebal.

Kami ambil teksi dari Airport ke Hotel Dragon Golden Hotel. Kat sini korang boleh guna matawang Macau atau Hongkong. Kalau nak senang kira, selalunya kalau nak tau berapa harga barang dalam RM just bahagi dua je duit dolar hongkong atau Macau dengan ringgit malaysia. Contohnya macam, kalau harga dia 50 HK so maknanya dalam RM25.Lebih kurang area tu la harga dia. Kalau beli barang di Macau boleh bayar guna matawang HK tapi di HK matawang Macau tidak diterima. Sepanjang pemerhatian aku duit macau lebih mahal sikit dari HK. Sesetengah kedai akan pamerkan harga barangan dengan dua nilai matawang ini. Tapi bezanya tidak la terlalu jauh.

Muka teruja 1st time naik flight sama-sama.

Macau

Hari pertama sampai dah gelap di Macau. Lepas check in, kitaorang g la cari makan. Tapi jangan harap la nak jumpa makanan halal di sini. Mujur la kami ada bawa serunding beli di Kelantan, bawa rice cooker, beras, biskut dan makanan ringan. So hari-hari di Macau kami terpaksa makan nasi dengan serunding. Ada kedai di bawah hotel kami. Macam best lak bila jumpa megi Sedap dan Mama. Siap ada cop halal lagi. Memang susah sangat nak cari makanan halal kat Macau. So sesapa nak pergi macau, siap-siap la bawa bekal makanan. Hari kedua di Macau, awal2 pagi kami dah keluar mencari shopping mall. Malang betul, kami tinggal di hotel yang dikelilingi kasino. Kasino kat sini semua besar2. Sampai terfikir xda ke tempat lain diorang ni pergi. Rupanya ada tempat lain yang ada barang-barang yang murah. Malangnya hari terakhir di Macau baru la kami jumpa kawasan tersebut. Itu pun sebab kami naik bas!! Hari-hari lain kami cuma berjalan kaki di kawansan sekitar hotel. So memang tak terjumpa la. Silapnya kami menyewa hotel di kawansan elit. Area kasino. Patut la tak ramai orang kat sana. Kalau ada rezeki suatu hari nanti kami sampai lagi di Macau, akan ku survey tempat tersebut. Tempat tersebut di atas daripada bahagian tengah Macau.1st day di Macau. Jalan-jalan cari kedai makanan halal. Baru nak biasakan diri dengan cuaca sejukRua De Malacca. Ceh kat Melaka je!! Kesan-kesan jajahan Portugal. Bahasa Portugis antara bahasa rasmi di Macau. Tapi kebanyakan rakyat Macau lagi senang guna bahasa Cina. Kalau pandai cakap bahasa Mandarin atau dialek Cina yang lain boleh la hidup kat Macau ni. Lagipun senang nak tawar menawar. Macam ramai je yang x boleh berbahasa Inggeris.

Tak de motor kapcai. Semua skuter je.

Ku pandang kiri, ku pandang kanan, semua kasino je.

Jam-jam berharga puluh ribu dolar HK or Macau ni ditayang tanpa segan silu dalam cermin kaca mcm nih.. Kalau kat Malaysia, barang yang macam ni punya harga for sure dah duduk dalam cermin kaca, then ada jaring-jaring besi lagi di atasnya, then ada pak guard lagi kat luar. Oh yea, kami penah gak nampak cincin harga HK3 juta di show off dalam cermin begini je. HK3 juta sama dengan RM1.5 juta, ok.

Mata anda tidak menipu. Memang harga epal ni $68 duit Macau. Kalau dalam RM sama dengan RM34 sebiji. Saiznya?? Lebih besar dari penumbukku.

Suhu kat sini 13 degree. Sejuk siot!!

Hong Kong

Selepas 2 hari di Macau, hari ke-3 kami membuat keputusan pergi HK lak. Kalau dari Macau, kita ble g HK dengan feri. Transportation yang paling murah. Masa perjalanan kira-kira 50 minit hingga sejam. Tambah feri sebanyak HK153 per person. Tapi masa balik kami balik dari Kowloon memandangkan hotel yang kami tinggal tidak jauh dari port feri Kowloon-Macau. Ada jugak shuttle helicopter tapi harganya....
Terminal feri ke HK.
Nih kalau xnak mabuk laut or orang yang banyak duit. Harganya aku x ingat tapi 1k lebih la. Dari hotel kami boleh nampak tempat landing helikopter ni. Orang-orang kaya yang nak datang Macau main judi je naik ni kot.

Sebab kami x book hotel awal2, maka terpaksa lah kami menggunakan agen untuk carikan hotel. Kami minta agen carikan kawasan yang ada makanan halal. Puas dah makan nasi lauk serunding. Jadi agen tu cadangkan kami tinggal di Kowloon. Menurut agen tersebut, sebab hari Ahad kami datang, jadi kebanyakan hotel di sana full house. Terpaksa la kami tunggu orang check out. Kami juga diberitahu, tambang teksi di HK sangat mahal. Very expensive. Kalau nak ke mana-mana lagi efisyen naik subway.Di HK tak da masalah untuk mencari makanan halal. Kami minta hotel di kawasan yang mudah untuk mendapatkan makanan halal. Jadi, hotel kami berada di area Kowloon. Means bukan betul2 di HK la. Area ni memang ada orang jual makanan halal. Siap ada cop halal lagi kat kedai tu. Kalau anda-anda nak cari makanan halal do Kowloon, sila pergi ke Thsim Sha Tsui. Kalau naik subway, sila turun di stesen Tsin sha tsui. Anda akan jumpa masjid tak jauh dari stesen tersebut dan ramai Muslim di sana. Kalau gi HK rajin-rajin la minta map di hotel anda menginap. Then kat map tu mula-mula cari Nathan Road. Past tu baru cari Tsim Sha Tsui. Sampai di area yang anda nampak ada Tsim sha tsui, sila la alert dengan orang-orang yang akan sebut halal food. Masa kami di sana dulu, mungkin sebab saya bertudung, jadi ada lelaki terus datang and promosi restoran makanan halal. jadi kami pun ikut la lelaki pakistan tu. restaurant tu rupanya duduk dalam bangunan yang confirm kami tak kan jumpa or tau ada kedai makan di sana. Kami masuk dalam bangunan yang di sebelahnya adalah kedai yang tunjuk gambar perempuan separuh bogel. Naik lif buruk yang siap ada pagar besi tutup pintu sebelum lif tu tertutup. Kami ikut aje la sebab semangat nak makan nasi lauk ayam dan daging halal yang berkobar. Sampai di kedai tu (tingkat berapa pun aku tak ingat), baru la jumpa kedai orang Pakistan ada cop halal lagi. Kedai tu bersih gak. So kami makan la nasi beriani sampai kenyang. Mahal gak la. Sebelum order tengok harga dulu. Setengah hari kami mencari makanan halal di HK. HK dan Kowloon adalah dua kawasan yang berbeza. Terletak agak jauh antara satu sama lain. Bagi aku Kowloon adalah bandar lain dan HK adalah bandar yang lain. kalau naik feri dari Kowloon ke Macau lebih murah dari HK ke Macau.

Banyak tempat menarik di HK tapi sebab 2 hari je kat sana, jadi kami just pergi tempat yang dekat-dekat je. Kalau nak cari barang-barang macam kat Petaling Street to gi kat Night Market. Tengok kat map. Sedihnya x dapat pergi Disneyland HK. Bagi shopaholic and orang yang gila fesyen, HK ni la tempat yang best nak shopping. Berhabis kami beli perfume kat Sasa. Padahal kat Malaysia, tak penah-penah aku masuk Sasa. Tapi masa kami di sana memang tengah ada promosi. Murah gile. Butik-butik berjenama. Kami tumpang tengok je.

Kedai-kedai di HK padat. Orang pun ramai.


Berjaya beli a pair of Levi's shoes instead of a pair of jeans kat butik Levi'. Kasut ni paling murah kat dalam kedai tu.

I bought this at Night Market. Bukan original, ok. Harga HK100But ini yang I dapat after I buka kotak masa kat Macau. Macau ok. Dah la saiz lain-lain, lepas tu 2,2 kasut kiri je. Habis tu yg kanan tak payah pakai kasut la? Tak da harapan dah nak gi tukar kat HK. Menyesal tak check masa kat HK. Tu la lain kali jangan beli barang cetak rompak. huhu.

Then kerana kesian, bapa mertua belikan this Converse versi original kat Macau. Aku tak jumpa lagi desing ni kat KK. Bestnya, lepas ni nak beli kasut belah kanan kat night market. Ada?? So I got 2 pair of shoes. Yehaa!!

Then boleh buat macam ni. Boleh masuk geng dah..
online gambling Free counters

1 comment: