Friday, March 5, 2010

Pertunangan yang menyedihkan

Pada 21hb Feb baru2 ni kami menyambut anniversary pertunangan yang ke-2. Even dah kawin tapi still nak celebrate gak. Kami just gi makan-makan dengan family je. Pertunangan kami dua tahun lepas pada tarikh ini merupakan pertunangan yang berlaku tanpa dirancang. Pertunangan yang saya percaya tiada orang yang mahu majlis seperti itu.

Dua bulan sebelum kami bertunang, abah tiba-tiba jatuh sakit. Dua minggu abah sakit perut. Keadaan makin teruk dan akhirnya abah kena masuk hospital sehari sebelum raya haji tahun iaitu pada bulan Disember 2007. Akhirnya abah disahkan menghidap kanser usus stage 4. Doktor jangka abah boleh hidup hanya 6 bulan lagi. Kami tak sampai hati nak bagitayu abah pasal penyakitnya. pada bulan February 2008 keadaan abah makin teruk dan abah dimasukkan ke hospital sekali lagi. Masa tu abah baru diberitahu dia menghidap kanser. abah dah tau dia tak boleh hidup lama.

Suami saya sekarang, Erfan yang merangkap boyfriend saya pada masa itu datang melawat abah. Lepas Erfan balik, abah pesan pada Pak Ndak supaya mencari Cikgu Timah yang merupakan mak mertua kepada sepupu Erfan. Abah mahu kami mempunyai ikatan sebelum dia meninggal. Pak Ndak segera menguruskan permintaan terakhir abah. Semua ini berlaku tanpa saya tau. saya cuma tau perkara sebenar sehari sebelum saya bertunang. Bila erfan call dan bagitau abah buat permintaan terakhir supaya kami ditunangkan saya jadi blur. I really have no idea what had happen. Then tak lama kemudia barula Pak Ndak datang untuk bagitau abah yang kami akan bertunang esok dan semua urusan telah dibuat. Bertambah saya bingung. Masa Pak Ndak datang saya dah berada di rumah. Abah nak balik rumah. Doktor dah tak boleh buat apa2 untuk menyelamatkan abah. Masa tu dia dah start sakit-sakit semula. Seharian abah mengerang sakit. Saya tak pasti abah dengar atau tidak Pak Ndak bagitau kami akan bertunang.

Kelam kabut saya membuat persiapan. Saudara mara saya banyak membantu supaya majlis pertunangan ni berlangsung seperti majlis pertunangan orang lain. Hantaran disediakan seadanya lengkap dengan sirih pinangnya. Kami terpaksa buat majlis tersebut di rumah mak sedaraa saya sebab tak nak mengganggu abah yang sedang sakit di rumah. Mak tak dapat datang sebab jaga abah yang sedang tenat. Adik-adik saya yang masih belajar di luar Penang masih belum sampai.

Mama Erfan datang dari Sabah pada malam sebelum kami bertunang. Upacara ringkas berlangsung dalam dalam masa yang singkat kami telah bertunang. Perasaan saya sangat sebak masa cincin disarungkan. Pertunangan saya berlangsung tanpa kehadiran orang-orang yang saya sayang. Tiada emak, abah dan adik-adik. Yang ada cuma abang saya. Di pihak lelaki pun cuma ada Erfan, mama, sepupunya dan keluarga sepupunya. Bapa Erfan tidak dapat datang sebab pertunangan mengejut berlaku pada musim pilihanraya. Bapanya perlu menguruskan tempat mengundi. Saya tidak pernah terfikir akan bertunang dalam keadaan begini.

Selesai majlis pertunangan, kami bergegas pulang ke rumah saya bersama dengan keluarga pihak lelaki. Mak pesan pada saya supaya tidak tanggalkan veil. sampai di rumah saya segera dapatkan abah. saya nak abah tengok saya dalam pakaian itu. Saya menangis-nagis panggil abah. Saya nak abah tau saya dah bertunang. Tapi abah tak bangun walaupun berkali-kali dikejutkan. Kesan morfin untuk menahan sakit buat abah tertidur sepanjang hari. Sampai sekarang saya tak tau abah tau atau tidak saya dah bertunang.

Terlalu banyak kebetulan yang terjadi dalam pertunangan kami ni. Rahmat Allah terlalu besar buat kami. Allah SWT telah menentukan segalanya. Semuanya tersusun atur dari awal lagi. Disebalik ujian yang Dia berikan, ada rahmat sebaliknya. Antara kebetulan tersebut:

1. Dua tahun sebelum pertunangan itu terjadi, saya telah membeli sehelai kain putih untuk dibuat baju. Kain tersebut saya beli setelah saya terlihat baju yang sangat cantik di majalah. Baju tersebut berwarna putih dan penuh dengan kerawang di bahagian bawah berwarna coklat. Masa saya beli kain tu mak saudara saya usik saya beli kain untuk bertunang. Secara kebetulan saya simpan kain tersebut hampir setahun lebih sebelum saya hantar untuk dijahit. Dan saya sangat kecewa sebab tailor tersebut bagitau kain tu tak boleh dibuat kerawang macam dalam majalah tu sebab kain terlalu tebal. So jadi la baju tu plain je dengan corak bunga timbul dan sedikit kerawang di hujung tangan dah bawah baju. Macam baju untuk bertunang lak. Rupanya betul-betul saya pakai baju tu untuk bertunang.

2. Setahun sebelum kejadian bertunang tu, kami secara kebetulan dapat tau rupanya kami ada hubungan bau-bau bacang dengan isteri sepupu erfan yang kahwin dengan orang Penang gak. Mak mertua sepupunya merupakan saudara jauh sebelah emak saya yang kami panggil Cikgu Timah. Kami tau pun sebab masa tu Erfan yang bekerja di KL ikut sepupunya balik beraya haji di Penang. Jadi dia bawa la sepupunya datang beraya di rumah saya. Kemudian saya dan keluarga pulak pergi beraya di rumah mertua sepupu Erfan. Bila sampai sana, tetiba mak cakap 'eh eh macam kenal je'. dan bla bla bla bercerita panjang la diorang. Rumah Cikgu Timah tu lak tak jauh dari rumah mak saudara saya di Kepala Batas. Kalau la peristiwa ni tak terjadi, pasti abah tak suruh Pak Ndak cari Cikgu Timah. Dan pasti juga tiada pertunangan ini. Mungkin cerita lain lak terjadi dalam perjalanan hidup kami. Mungkin juga kami bertunang tapi pada masa yang lain, tidak secepat ni. dan mungkin juga...ntah la apa-apa pun boleh berlaku.

3. Di luar pengetahuan abah, sebelum abah disahkan mengidap kanser, family Erfan memang sudah merancang untuk datang meminang. Cuma saya yang minta tangguh dulu sebab masa tu abah sakit. Saya fikir tunggu abah sihat then baru la fikir bab bertunang. Masa tu abah dah seminggu masuk hospital tapi doktor belum dapat sahkan penyakitnya.

4. Kebetulan lak beberapa bulan sebelum majlis saya, cousin saya baru sahaja berkahwin, jadi kebanyakan barang-barang seperti bekas hantaran, cadar pengantin dan veil saya pinjam yang dia. Kalau tak, kat mana la saya nak cari barang-barang tu dalam masa sehari je.

5. Yang ini bukan la kebetulan tapi jodoh dan maut memang dah jadi ketentuan-Nya. Dua hari selepas saya bertunang, Abah meninggal dunia. Sekurang-kurangnya kami lega permintaan terakhirnya telah ditunaikan walaupun saya tak tau dia sedar atau tidak semua ni. Saya harap dia tau.

6. Cousin saya yang sedang mengandung anak pertama sepatutnya bersalin seminggu sebelum abah meninggal, tapi mungkin juga baby tu faham situasi kelam kabut kami masa tu. jadi dia belum mahu keluar. kalau tidak susah juga sebab maknya yang banyak mengurus pertunangan kami dan kami tumpang rumahnya untuk majlis tu. Maknya juga yang selalu berulang alik ke hospital melawat abah. Bayangkan kalau dia bersalin time tu. Lepas semua selesai dan dua hari lepas abah meninggal baru la dia bersalin anak lelaki yang comel.




No comments:

Post a Comment