Saturday, August 14, 2010

Gelagat awal Ramadhan

Assalamualaikum, Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam.

Rupanya memang sangat lama saya tak berblog nih. Banyak betul aktiviti sepanjang saya mendiamkan diri. Paling best bulan lepas balik Penang jumpa mak. rindunya.Tak cukup 2 hari je di Penang. Belum puas makan masakan mak. Belum habis list makanan yang nak di makan.Ku ingin pulang lagiii....

Pejam celik dah pun kembali Ramadhan. Tahun ni sangat berbeza dengan tahun2 lain. 1st time ok berpuasa dengan suami dalam erti kata sebenar. Bukan la maksudnya tahun lepas puasa main-main. Ok, cam ni. Tahun ni 1st time puasa berdua dengan hubby. Macam tahun lepas tak dapat puasa sama-sama sebab malam raya baru dapat jumpa hubby yang balik dari Sandakan. Tahun ni saya berpuasa di Sandakan. Jadi kalau dah berdua je maka terpaksa lah masak untuk sahur sendiri. OOO...sebelum2 nih sapa yg masak?? thehehehe... mak. *shy*. Tapi memang macam tu kan. Kalau ada mak manja lebih sket. Bangun je makanan dah sedia atas meja. Klu sekarang buat cam tu alamat tak bersahur la kami berdua.Pukul 3 pg dah sibuk2 nak bangun untuk masak.

Oleh sebab baru 1st time berpuasa dengan suami, maka terpaksa belajar masak lauk dan biasakan makanan kegemaran dia. Kalau kami dulu time sahur lauk kegemaran adalah telur goreng dengan kicap kipas udang manis. sedap gile dengan lauk simple cam tu. Tapi dengan lakiku ini, kalau boleh hari-hari dia nak makan bubur nasi. Adusss.... tak tertelan rasanya kalau hari-hari begini. alasan dia supaya senang cerna and bagus time puasa. Peberet dia. Boleh la dia cakap cam tu. Aku??

Tahun ni 1st time puasa dengan perut memboyot. Kalau mengandung bermakna tak period. So siap-siap tanam azam nak puasa penuh. nak khatam Quran. Kalau tahun-tahun lepas mesti alasan cuti seminggu menggagalkan usaha khatam Quran. Tapi sebenarnya tak penah mencuba pun untuk khatam. Bulan ni baru 5 bulan kandungan ni. So harap-harap tak da masalah. Cuma rasa lebih letih sket walaupun rehat je hari2 kat rumah.

Tarawih kat Sabah paling best sebab belum sampai pukul 9 dah terpacak kat rumah. kat sini kan awal dia punya masa. Pukul 6 lebih dah berbuka. 7 lebih dah isyak. So kalau buat tarawih 8 rakaat memang la cepat. Kena lak imam baca surah pendek-pendek. So berazam lagi nak tarawih tiap2 malam. Tapi malam pertama dah kantoi. Pasal leka di rumah dan tak ambil tau bila puasa. Sedar-sedar dah habis tarawih baru tau rupanya esok puasa. Malas nak tarawih sendiri di rumah lak.

sekarang kena masak sendiri, jadi rajin sket mencuba resepi-resepi baru. Sibuk la google kat internet. Tapi sampai hari ni belum lagi merasa masakan sendiri time berbuka sebab memenuhi undangan berbuka puasa. (Ceh, macam ko tu YB je bila guna ayat 'memenuhi undangan berbuka puasa').

Ok la selamat berpuasa. Nak cari resepi baru