Tuesday, February 16, 2010

apa lagi? apa lagi? Alasan....


online gambling Free counters
Banyak betul entry yang belegar-legar di kepala aku untuk ditulis tapi bila datang penyakit malas ni, and aku agak bz gak. Sepanjang minggu lepas ikut en suami ke rumah di Sandakan. Ok, kat sana x ada komputer. kalau nak online terpaksa gi CC. Kalau dah ikut husband gi CC, alamatnya pukul 2 pagi paling awal paling rumah. So lebih baik di rumah sahaja. Sebab pagi-pagi esoknya, klau aku terlambat bangun untuk sediakan sarapan or iron bajunya, dia akan tanya 'kenapa tak bangun awal sikit?'. Oh banyak cantik!! Dia yang bawa kita gi CC. Tapi sapa yang gatal nak ikut?? Kalau tak ikut aku la tercongok sesorang kat rumah.View Mount Kinabalu masa dari KK ke Sandakan. Pagi yang cerah

Macam salji. Walaupun sebenarnya saya tak suka gi Sandakan sebab kena duduk kat rumah sorang-sorang lepas suami gi kerja, tapi sebab nak tengok gunung Kinabalu dari kapal terbang, saya sanggup gi gak.


Empat hari di Sandakan cukup memenatkan. Hari khamis dah nak balik KK semula. Husband dah belikan tiket awal-awal sebab kalau ikut kan dia sepatutnya ada meeting di KK hari Jumaat. So selalunya hari Khamis dah balik KK. Tapi entah kenapa tiada pulak meeting minggu ni. So terpaksa la balik sorang-sorang. Tengok gunung Kinabalu sorang-sorang. Setiap hari masa dihabiskan dengan tidur eh bukan. Ok ada la sket.lepas husband gi kerja mesti akan sambung balik tidur sekejap sementara tunggu kain dalam mesin siap dibasuh. Lepas tu buat senarai kerja yang perlu dibereskan seperti berikut:
  • sapu sampah di dalam rumah
  • iron kemeja dan seluar kerja suami (kena masuk senarai sebab ada lebih 10 helai).
  • mop lantai
  • kemas dapur (barang-barang yang aku beli dari bulan 8 tahun lepas pun ada lagi)
  • cuci toilet
  • sapu halaman luar rumah
  • cuci lantai dapur
  • cuci cermin tingkat dapur
  • kemas baju-baju dalam almari
  • kemas bilik iron baju (dah macam stor)
4 hari kat sana akhirnya berjaya aku selesaikan kerja-kerja rumah tu. Kecuali yang terakhir tu (sebab bilik tu dh macam store). Sebenarnya boleh dibereskan dalam masa dua hari je kerja-kerja yang dilist tu. Tapi macam mana la nak siap. buat kerja sket, berehat sejam bila ada cerita best kat TV. Oh patut la 4 hari baru dapat siapkan. Bocor rahsia saya. Bila suami balik kerja, berlakon letih separuh mati. Supaya dia belanja makan malam. So tak payah masak untuk dinner.

Macam tu la rumah bila tak ada isteri. Terbukti la tempat isteri di sisi suami. Betul-betul macam hotel dia buat rumah tu. Hanya tempat untuk tidur je. Hari Jumaat lepas balik kerja terus dia balik KK. Tersentuh jugak hati. Lamanya aku mengabaikan dia. Sekarang aku dah pindah ke Sabah. So aku boleh kerap pergi Sandakan. I wish dapat ikut husband setiap kali dia balik Sandakan, tapi SAPA NAK BAYAR TIKET FLIGHT TIAP-TIAP MINGGU? Waaaa... kena cari kerja kat sandakan la.Gambar ni ambil masa balik. Flight petang dekat-dekat senja.



No comments:

Post a Comment