Tuesday, February 2, 2010

It's February already!!

Dah bulan february. Cepatnya masa berlalu. Masa baru je ari tu masuk tahun 2010. macam baru je tengok kat tv mercun kebom kebom bila masuk pukul 12 tengah malam. Kenapa dah February. Satu perkara yang aku selalu tanya kat diri sendiri kenapa ejaan Februari tu macam tu. Patutnya pronouns dia Feb..rua.. ri. Kenapa kita sebut febuari. Aku sorang je ke yang fikir benda ni. Bodoh kan. Tu la orang xda keje asyik fikir benda kecik macam tu.

Masuk hari ni dah sebulan aku memegang title penganggur. Ok, dulu masa kerja, mula la terfikir nak bercuti, slalu x puas hati kenapa swasta x beri cuti tahunan yang banyak macam goment. Dulu teringin sangat x nak keje. Nak duduk rumah goyang kaki. Tapi duit mesti masuk tiap-tiap bulan dalan akaun. Bila hari ahad mula la terfikir and stress sebab esok hari isnin. So jadi la blue monday. Masa mula-mula habis belajar dulu, semangat cari keje sampai kan sanggup kalau keje jurujual gaji kecik pun x pe asal keje. Lepas tu berjanji kat diri sendiri kalau dapat keje aku akan kerje dengan bersungguh-sungguh. Semangat berkobar-kobar. Tak nak mengular.

Mula-mula masuk kerja memang la bersemangat. Dapat la keje gaji seribu. Rasa macam banyak gile la pasal buat calculation bodoh dalam otak. Masa belajar dulu dapat PTPTN RM3000 setiap semester. Bayar yuran RM1500 +-. Then ada lebih RM2500 lagi. Dibahagi 5 bulan atau 6 bulan . So plus minus belanja sebulan dalam 400-500. Apasal macam cukup je? Tapi rupanya aku lupa tiap-tiap hujung semester mesti call abah minta hantar duit. Oh yea kan sebab kena beli tiket flight yang mahal berkali ganda dari tiket bas.

So eksyen dengan gaji seribu tu rasa banyak gila. Secara logiknya kalau ikut calculation aku mesti la sangat sukup gaji itu. Mula-mula tolak EPF dan SOCSO lebih kurang RM120. Ok, sekarang aku ada lebih kurang rm880 untuk dibelanjakan setiap bulan. Bukan kan banyak itu. Lebih banyak dari belanja bulanan masa belajar dulu. Tapi aku lupa dulu yuran penginapan dah masuk dalam yuran yang aku bayar awal sem. Ok la, tipu, aku antara student yang paling lambat bayar yuran. Bila dah kena bising and kena bagi warning tak ble ambik exam baru la terhegeh-hegeh bayar yuran. Balik pasal gaji tu, bila dah keje kena la bayar rumah sewa tiap-tiap bulan berharga RM180. Nasib baik sewa berdua dengan kawan. Boleh la jimat sket. Past tu transportation pun keje bayar sendiri. Naik bas so dalam sebulan lebih kurang RM50-RM60. Past tu makan pun kene jimat. Dulu belajar harga student price. Bila dah tinggal KL harga makanan gila bapak mahal. So terpaksa budjet makan mesti x lebih rm250 sebulan. Bil2 utilities RM20 sebulan. PTPTN RM50 masuk dalam budjet gak tapi seingat aku aku x penah bayar pun masa gaji 1K ni. Prepaid RM100. Entertaiment RM100. ASB RM100. Baki tu untuk tujuan lain-lain Contohnya macam beli tiket bas balik Penang atau beli baju. See, cukup kan gaji tu untuk menampung hidup di KL. Sepanjang karier aku di KL aku xpenah minta duit kat my parent. Tak sampai setahun kerje terpaksa berhenti sebab x boleh cuti raya. See, see. Sungguh berdedikasi kan aku. Tak boleh cuti raya terus berhenti.

Memang banyak beza masa kita belajar dan bila dah kerja. Bila dah kerja kita akan terasa nak bagi kat parent duit kita sket. Then teringin nak ada aset sendiri macam kereta dan rumah sendiri. Lepas tu fikir nak simpan duit untuk kawin. Semua2 semua ni buat kita terfikir nak cari gaji yang lebih tinggi. Masa belajar mana la kita nak fikir secara serius semua ni. Kalau ada yang dah fikir tu, mungkin anda tua sebelum sampai waktu. Ceh, macam x puas hati je kan.

Sekarang bila dah x kerja, aku kembali rindu suasana kerja tu. Rindu kat tempat kerja lama. Rindu nak sibuk-sibuk ke sini sana. Rindu pagi-pagi bangun bersiap2 g kerja. Rindu nak punch card. Rindu berFB masa kerja. Rindu ronda2 check anak buah buat kerja. Rindu balik kerja past tu cari mak kt dapur. Semuanya aku rindu.

No comments:

Post a Comment