Monday, January 25, 2010

Peristiwa Upih pinang Menyerupai manusia.

Penah dengar tak pasal pokok pinang yang menyerupai wajah manusia yang agak heboh diperkatakan kira-kira tahun 2006 dulu kat Kampung Paya Pulau Pinang.Ni la gambar upih pinang tu. Betul2 nampak macam muka orang kan?



Actually pokok pinang ni pokok arwah nenek aku. Lepas tersebar cerita pokok pinang ni macam2 cerita karut yang aku dengar. Masa berita ni tengah hangat aku ada kat KL. And ada gak terbaca kat paper The Star and Kosmo. Malam tu dapat call dari abah. Abah bagitau pokok tu pokok arwah tok. Makin lama pokok tu makin famous and lebih banyak cerita yang x masuk akal dicipta oleh orang-orang yang aku x tau sapa,

Perkara pertama: Aku baca dalam paper penduduk kampung tu bagitau sejak tersebar pasal pokok pinang berwajah manusia tu, tuan punya rumah tu dah takut nak tinggal kat rumah tu sebab diorang nampak bahagian mata pokok pinang tu bercahaya la. ada suara orang la. So sejak dari hari tu rumah tu dibiarkan kosong and sesekali je tuan punya rumah balik menjenguk rumah tu. Siap ada gambar rumah arwah tok lagi dalam paper tu nak bagitau bahagian atas rumah tu tertutup suma tingkap sebab tuan rumah dah pindah.

Sebenarnya: Sejak arwah tok aku meninggal iaitu pada awal tahun 2006, rumah tu kosong pada waktu malam. Dulu arwah tok tinggal dengan my auntie. Then bila dia meninggal, atas sebab keselamatan n memang my auntie tu penakut, my auntie akan tido kat rumah my auntie lagi sorang yang tinggal dekat2 area Kepala Batas. Memang la nampak x da orang tingkap semua tertutup sebab mak cik aku keje waktu siang. Then yang bahagian atas rumah tu memang dah lama tingkap dia x dibuka. Sejak tok aku tambah rumah di bahagian bawah and buat bilik kat bawah. So diorang just tinggal kat bawah je. Lagipun tok dah x larat nak naik tangga. So bahagian atas tu jadi stor je la.

Perkara kedua: Ada dua tiga orang yang kami x kenal pun datang nak menabur beras kunyit kat pokok tu sebab diorang dapat alamat melalui mimpi. Yang ni aku x tau la kebenarannya. Tapi bapa sedara aku tak bagi sebab tak nak ada perkara khurafat. Tapi memaang makcik tu nak buat gak. So dia juat dapat buat dari luar garisan kuning. Actually sejak tersebar berita pokok pinang nih, ramai gile orang datang sampai pertama kali dalam sejarah Kampung Paya berlaku traffik jam. Bayangkan jalan yang boleh lalu sebiji keta tu, tetiba ramai gila orang datang sampai kena parking kat luar kanmpung. Sebab terlalu famous terpaksa la polis mengawal keadaan. Kat sekitar pokok tu diorang letak pita garisan kuning yang kita tengok dalam CSI tu supaya orang tak boleh masuk melepasi kawasan dekat pokok tu. Jauh la gak garisan tu dengan pokok. So di situ la makcik tu menabur beras kunyit.

Perkara ketiga: ada juga orang yang sampai nak ambil akar pokok pinang tu untuk apa aku x tau. dan ada juga yang x sabar2 tunggu upih pinag tu gugur sebab nak ambil upih tu sebab dipercayai boleh buat ubat. Oleh sebab menjadi semakin tahyul. Bapa sedara aku terpaksa minta nasihat dari jabatan agama islam Penang sama ada perlu x tebang je pokok tu. Sejak tu tiap-tiap malam ada polis round kawasan rumah arwah tok sebab takut orang curi akar pokok. Bapa sedara aku siap letak zink untuk bumbung area kawasan pokok supaya boleh dengar kalau ada orang nak ambil akar tu. Sampai macam tu kan? Kat bawah ni ada keratan berita. Heheh ada gak muka bapa sedara ku yang tunjuk akar pinang kena potong tu.




Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting





KEPALA BATAS: Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) memberi amaran kepada orang ramai yang menganggap pokok pinang yang mempunyai seludang berwajah manusia di Kampung Paya dekat sini, sebagai 'keramat' dan mengambil kulit, akar dan daunnya untuk tujuan 'meminta sesuatu', bertentangan Islam.

Yang Dipertua Maipp, Shabudin Yahaya, berkata Maipp tidak menghalang orang ramai melihat keajaiban itu tetapi tidaklah sehingga menimbulkan perkara yang khurafat.
"Mereka yang mengambil gambar untuk tujuan baik iaitu mengingati kebesaran Tuhan tidak salah. Sebenarnya kejadian pokok itu adalah biasa dan semula jadi dalam kejadian makhluk di atas muka bumi.

"Jika benar perbuatan khurafat berlaku, kita tidak akan teragak-agak untuk menebang pokok pinang itu," katanya.

Sementara itu, Timbalan Mufti Pulau Pinang, Ghazali Saad, berkata sekali pandang wajah pada pokok pinang berkenaan seperti orang tua.

Bagaimanapun, katanya, orang ramai tidak harus mengaitkannya dengan kepercayaan tertentu kerana ia boleh menjerumuskan mereka pada unsur khurafat, malah boleh menjejaskan akidah.

"Sekadar pergi melihat tidak mengapa tetapi jangan sehingga memuja kerana pokok pinang juga makhluk Allah," katanya.

Mereka mengulas tindakan orang ramai mengambil beberapa bahagian pokok termasuk akarnya.

Walaupun sekitar pokok itu dipasang tali untuk menghalang orang ramai menghampirinya, namun ada pihak yang mengambil kesempatan memotong akarnya pada awal pagi.

Perbuatan itu dipercayai dilakukan antara jam 2 dan 5 pagi memandangkan orang ramai masih mengunjungi kawasan berkenaan sehingga tengah malam.

Seorang penduduk, Abdullah Baharom, 53, berkata, dia hanya menyedari beberapa akar pokok pinang itu dipotong jam 7 pagi semalam.

"Mereka mungkin memotong akar itu pada awal pagi untuk mengelak dikesan," katanya ketika ditemui di kampung itu, semalam.

Sebelum ini, ada pengunjung kaum India cuba menabur bunga berhampiran pokok pinang itu tetapi dilarang penduduk kerana bimbang berlaku perkara bercanggah dengan akidah orang Islam.


Tapi disebalik semua perkara karut ni, pokok pinang ni jadi sumber rezeki pada penduduk kampung tu termasuk la family aku. Bayangkan gambar pokok pinang saiz 4R diorang ble jual dengan harga rm2-rm4 sekeping. lagi besar lagi la mahal. Laris lak tu. Lepas tu ada lak yang buka gerai jual air. Memang untung la sebab ramai gile. Ada gak artis-artis yang datang tengok macam angelina jolie eh silap angeline tan yang berlakon pi mai pi mai tang tu. Macam pesta lak. Sepupu-sepupu aku ada la yang jual gambar tu. Then ada gak yang buat CD pasal pokok pinang tu dan jual kat orang. creatif betul diorang ni mencari duit.

Anyway bila upih tu dah gugur kuar lak upih di sebelah upih pinang tu yang diorang cakap ada muka gak. tapi x clear sangat macam yang 1 dulu. Start la cerita upih baru tu pmpuan, yang lama tu lelaki. Bla bla bla. Macam2 la diorang nih. Semuanya nak publisiti supaya lagi ramai orang datang n nanti orang pun makin percaya cerita bukan2. Yang pening kepala sedara-sedara aku la yang duduk kat sana.

No comments:

Post a Comment