Friday, April 30, 2010

Tanda-tanda awal hamil

Semalam g check kat klinik. Alhamdulillah usia kandungan dah masuk 7 minggu. Harap-harap semua ok selepas tiba-tiba ada setompok darah yang sangat membuatkan seisi rumah bimbang beberapa hari lepas.

Sekarang saya nak kongsi pengalaman saya tanda-tanda awal saya pregnant. Memang la selalunya kita xtau kita pregnant sampai la kita lewat period. Kalau orang yang period tetap tu maybe dah ble agak la bila period dia lewat beberapa hari. Tapi kalau macam saya ni yang period pernah lewat 2 minggu nih, susah gak la.

Setiap orang kadang-kadang x sama tanda-tanda awal pregnant tu. Tapi kita kena la punya sensitiviti yang tinggi terhadap sebarang perubahan pada tubuh kita. Seboleh-bolehnya kalau memang kita dah plan nak kawin tu pastikan kita ambil tau serba sedikit pasal hal2 kehamilan ni. So kita dah ada persediaan awal. Kadang-kadang kegugurang berlaku di awal kehamilan sebab ibu-ibu terutama yang 1st time pregnant ni tak tau pun diorang mengandung. So diorang x jaga pemakanan. Makan nenas la, tapai.

Tanda-tanda awal yang saya sendiri alami, mula2 tu saya tak ble bau badan suami saya. Kalau nak tido tu mesti pastikan dia mandi. Kadang-kadang dia sampai dari sandakan pukul 12 malam, sy paksa dia mandi then baru la ble tido. Kesian dia. Tiba-tiba rasa mual bila bau badan dia. So klu ada bau wangi sabun tu ble cover la bau badan dia. thehehehe. Then bila sepatutnya time period, saya kecewa betul sebab period tu datang tepat pada waktunya. Ada keluar darah warna hitam-hitam tu and rasa sakit periodpain tapi x la teruk sangat. So kita ni siap-siap la pakai pad sebab tanda2 awal period tu dah ada. Tapi yang sangat hairannya, lepas dia kuar tanda awal period tu, bila saya check balik beberapa jam kemudian, langsung xda darah. Kebetulan hari tu saya aktif sket bergerak. and saya check lagi malam, ada balik warna coklat gelap. So saya fikir nak start period balik la ni. Hari-hari seterusnya pun macam tu. Warna coklat-coklat tu cuma keluar bila saya bergerak aktif je. So saya pun dah start jaga makan dan kurang bergerak aktif. Mak mertua saya pesan tanda-tanda tu macam sama macam dia nak pregnant dulu. Seminggu juga la jadi cam tu.

Suami saya yang kat Sandakan pulak tiba-tiba mengidam nak makan kuih apam. Comelnya. dia lak yang lebih-lebih nak makan. Saya xda pulak mengidam nak makan apa-apa. Then satu sandakan la dia cari kuih tu. Dia bagitau saya dia syak saya mengandung. Saya belum lagi buat UPT. UPT ni urine pregnancy test. Saya takut nak berharap sangat sebab pernah lambat period sampai 2 minggu. So tunggu la lepas 2 minggu. Lagi pun mungkin sebab saya xda rasa mual-mual, muntah, atau sakit kepala ke. macam biasa je cuma tak ble bau badan suami. hahaha. Tension dia bila balik dari Sandakan, nak manja-manja, nak peluk past tu kena rejek sebab wife nak termuntah. Dah la jumpa seminggu sekali je. Sorry yea sayang.

Lepas 2 minggu buat UPT, positif hamil. Then g check kt klinik lak. Positif lagi. Gembiranya. Cucu pertama is on the way.

Dari pembacaan saya antara tanda-tanda awal kehamilan yang umumnya terjadi macam
1. Muntah-muntah. Kalau tgk kat TV slalunya scene ni la diorang nak bagi hint kat penonton konon si pelakon pregnant. Wek, wek. Past tu g check doktor bagi tahniah. So org pun ingat kalau tak muntah tak pregnant. Macam aku la lambat buat UPT sebab x muntah. Camne ble terpengaruh ngan TV. TSK

2. Sakit kepala atau pening. Kalau yang ni jarang orang nak syak pregnant sebab kadang-kadang banyak perkara lain yang boleh buat kita sakit kepala dan pening.

3. Keluar cecair macam period. Ni cam yang saya alami sendiri la. Actually darah tu keluar sebab masa tu embrio sedang melekatkan dirinya ke dinding rahim. Jadi ada pendarahan dari situ. Selalunya situasi ni selalu disalah anggap sebagai period.

4. Sakit pada breast.Breast akan jadi lebih sensitif dan membesar.

5. Cepat lapar. Kalau saya kurang makan lagi ada la.

6. Kerap buang air kecil. Yang ni memang saya alami sendiri. Tengah-tengah malam terpaksa bangun sebab nak kencing. Kadang-kadang tu rasa cam baru je gi toilet. past tu nak g lagi. Dan lagi dan lagi, lagi. Pakai pampers la

7. Cepat letih.

So kalau ada mengalami tanda-tanda tersebut mula la jaga pemakanan. Tapi kalau korang x kawin lagi ke, or memang tau diri sendiri xda g buat hubungan dengan mana-mana lelaki jangan la g pandai-pandai rasa risau lak bila muntah-muntah. Past tu takut jumpa doktor sebab takut tiba-tiba pregnant. Buatnya korang kena food poisoning ke. tak ke naya.

Apapun tak semestinya tanda-tanda ni menunjukkan korang pregnant. Mesti kena buat test gak. Tanda-tanda ni cuma amaran awal supaya kita bersedia menjaga diri dengan lebih baik lagi kerana kemungkinan tubuh anda sedang membawa permata hati yang ditunggu-tunggu selama ni.

6 comments:

  1. seronoknye bace 1st experience awak..saye nie nk dpt yg no 2 da ssh..anak sulung da 4 thn..tp tiap bln klu nk dtg bln..simptom same mcm tanda² awal kehamilan tue..kdg² compius..nk ngandong ke nk period..sbb mmg da lme nk no 2..blm rezeki lg..

    ReplyDelete
  2. thanks for this story. memang tanda awal2 mcm period keluar hitam2 tu ada. tak tahu lak itu tanda awal pregnant, darah tu berlarutan sebulan.Jumpa doktor pastu doktor scan tak ada apa2. lepas tu doktor bg ubat horman so darah stop. lepas seminggu mkn ubat tu terus darah keluar banyak. jumpa doktor sekali lagi ini mmg effect bila mkn ubat hormon. so stop mkan ubat hormon. selama 7 hari period keluar mmg banyak dari biasa dan ada ketulan darah besar keluar dan sgt sakit. lepas berurut dan makan jamu darah sudah berhenti dan tiada darah coklat yg keluar.

    sehingga la baru saya sedar saya sudah lewat 2 minggu period sekali lagi dan terus saya jumpa dengan bidan kampung. Alhamdulillah bidan cakap dah ada dalam perut dan baru sangat2. perlu berjaga2 sebab ini awal kehamilan yang dikesan. dah test pakai UPT pun tak dpt result positif. mak bagitahu utk awal2 mcm ni bidan kampung mmg akan kesan awal dari UPT.
    hari ni dah masuk minggu ke-3 jadi saya akan tunggu sehingga hujung bulan ni dan baru check UPT.

    ReplyDelete
  3. Saya dah lewat period dkat nk masuk smgu dah..tp skunk ni ada alami kuar lendir coklat pekat tu...kejap ada kejap xder..da mcm chipsmore..tp sya xyakin..utk cek upt..adakah sya hamil?? Teringin nk dukung bb sendiri..n cucu ptma blah suami sya..tp bila agaknya hari gembira tu?? ;(

    ReplyDelete
  4. jieha lysa jgn bersedih.. kite same. bole x kwn2 tlg sy yg runsing ni. last period sy 25/3/2013, skang ni da selang 44 ari da x dtg2 period. selalunye selang 30-35 ari je. semlm sy alami kuar darah coklat, sikit jek kat panti liner, pastu pakai la pad.. mmg da redha la, xde rezki. tp tunggu2 sampai skang xde plak darah period. sy serik dan takot nak wat upt sbb slalu hampa. ade x kwn2 yg jadi same mcm kajol ni..huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. Saya nak nasihatkn sape yg period sikit2 pegi la buat pemeriksaan lanjut..sebab saya sendiri jadi camtu..3 bln berturut period skit je..sehari je heavy tu pn x la heavy sgt pun..yg lain tu cuma spotting..pastu x puas hati sebab pegi urut bidan ckp mcm nk lekat..tp check upt berkali2 asyik negatif je..last2 pegi scan yg 4D punya..rupenye..PCOS..sbb tula period sikit..telur x keluar..

    ReplyDelete