Tapi selalunya beberapa percent je babay yang lahir tepat pada jangkaan yang dibuat. Tapi itu la tarikh yang menjadi rujukan cepat atau lambatnya baby tu keluar. Kalau ikut logik dia kira umur kandungan tu termasuk dengan seminggu kita period. Sebenarnya usia kandungan yang betul kurang seminggu dari usia yang dikira. kalau 15 minggu tapi yang sebenar-benarnya adalah 14 minggu.
Sekarang kandungan saya dah masuk minggu ke-32. Perut dah makin besar. Sejak trimester kedua perut dah start besar. Berat pun dah makin bertambah. dah 51kg masa last timbang ari tu. Perubahan-perubahan semasa trimester ke-3 ni agak ketara la.
- Dah tak boleh duduk lala-lama. Sakit pinggang wooo.. Memandangkan sekarang tengah bertukus lumus siapkan jahit manik baju mama, so, setiap setengah jam kena berhenti rehatkan pinggang.
- Dah tak boleh solat berdiri pasal susah nak bangun. Past tu nak sujud pun dah tak boleh. Perut dah besar. Jadi terpaksa solat duduk. Mula-mula terperasan kena solat duduk tu sebab lepas sujuk je termegah-megah.
- Naik flight dah kena ada surat kebenaran doktor. Ah yang ni leceh. Kalau Airasia rasanya start 28 week dah kena ada surat kebenaran.
- Kalau dulu baby tendang tak kuat, tapi sekarang macam main bola je kat dalam perut tu. Kadang-kadang tu boleh nampak perut bergerak-gerak. My husband suka letak tangan kat perut nak rasa tendangan baby. That's a beautiful moment for both of us.
- Kadang-kadang kaki macam cramp. Nurse cakap itu normal sebab baby makin besar then kadang-kadang dia menghimpit salur darah. So sebab tu jadi cramp. Kalau nak kurangkan kena gerak-gerak kaki supaya darah dapat mengalir.
- Kat perut macam gatal-gatal and tegang. Actualloy ni start dari trimester kedua dah rasa. My MIL cakap jangan garu sebab nanti ble jadi pecah-pecah and tinggal parut yang tak cantik lepas bersalin. So sila la beli coco butter tau losyen. Ari tu tanya doktor, dia cakap actually ikut keturunan gak. Ada orang yang kalau garu pun ok je kulit. Ada gak yang tak garu pun ada parut gak. Kalau nak tau tanya la mak-mak kita diorang dulu ada tak stretch mark ni. So far saya belum ada lagi. Sebab kalau rasa gatal-gatal, then bila hubby nampak pegang2 perut ala-ala nak menggaru, terus dia tegur. Hehehe. Tapi maybe x teruk sangat rasa gatal tu. So lepas letak bedak atau losyen ok la dia. Hilang terus rasa gatal.
- Selera makan dah makin ok. Lepas tu cepat lapar. So kena ada snack ringan macam biskut, buah atau roti. Kadang-kadang tu minum susu in between masa makan.
- Pergerakan dah tak boleh selincah dulu. Dulu rilek je nak shoping seharian. Tapi sekarang ni nampak je tempat duduk wajib berhenti rehat.
- Kena extra care jaga pemakanan dan diri sendiri. So far takda masalah kencing manis, darah tinggi or perkembangan baby. Tapi makin baby besar, keperluan makin banyak. So kena berhati-hati dengan pemakanan. Tak boleh ikut nafsu makan makanan manis je sebab cepat lapar.
- Dah kena wat kiraan pergerakan baby. Baby mesti bergerak sekurang-kurangnya 10 kali dalam masa 12 jam. Hari-hari kena catat dalam buku. Kalau kurang dari 10 pergerakan maknanya ada something wrong. So kena g hospital cepat-cepat. So far baby sangat aktif. Harap-harap tak da masalah sehingga selamat bersalin.
- Dah start buat senaman untuk preggy mummy. Ari tu g kelas antenatal. diorang ada ajar senaman ni. Nanti la cerita dalam post lain. Senaman ni tujuan dia untuk menolong memudahkan masa proses nak bersalin nanti.
- Kena check di klinik setiap 2 minggu. Dulu sebulan sekali je. Past tu berat mesti naik 0.5kg perweek. Ok kalau cam tu time check kat klinik mesti naik 1kg la kalau check setiap 2 minggu.
- Sekarang dah mula sibuk-sibuk shoping barang baby. Adalah beli sket-sket. Macam blur gak apa tah nak beli. Comel-comel baju kecik je. Daddy la yang bershoping masa gi KL ari tu. Mummy belum lagi merasa bershoping barang baby. Tunggu daddy gaji bulan ni lah.
No comments:
Post a Comment