Pejam celik pejam celik dah 8 bulan mengandung. Banyak perkara-perkara menarik yang dah dilalui sepanjang mengandungkan baby ni. Orang slalu cakap baby pertama ni both mummy n daddy lebih excited berbanding next baby. Mesti la sebab 1st experience. So semuanya serba baru. Dah masuk 8 bulan ni, kena check apa yang perlu dilakukan. Baby dah nak kuar. Kalau ikut doktor bila baby dah masuk 36 weeks, dah cukup matang untuk lahir. So memang kena prepare barang baby n beg utk dibawa ke hospital.
Ok, mari kita check apa preparation saya yang saya dah buat:
- beg kelengkapan untuk ke hospital- prepare awal2 sebab tak ramai baby lahir pada tarikh due yang doktor bagi.
- cari nama untuk baby- since memang dh tau jantina baby, kami dah cari nama yang sesuai utk our baby. tapi asyik bertukar je. kami sekarang panggil dia dengan nama yang memang dah confirm tak tukar dah. so bila bercakap2 dengan baby, akan guna nama tersebut.
- barang-barang baby seperti pakaian, towel, stoking tangan dan kaki, botol susu dan lain-lain (akan disenaraikan dalam entri lain). Kebanyakan dah beli. Tinggal bakul dan tempat letak baju baby.
- Past tu nak kemas bilik supaya sesuai dengan kehadiran baby.
- Cuci pakaian dan barang2 baby yang dah dibeli. Oh belum buat lagi. Esok baru nak cuci sebab baru beli sabun untuk cuci baju baby.
- barang-barang untuk mummy macam maternity pad, disposable panties, nursing bra (belum beli), stoking (kena tambah, esok g soxworld), kain batik (belum jahit lg) dll (akan disenarai di entry lain).
- Ushar2 nursing wear yg sesuai. Belum rasa nak beli lagi.
- pasang lagu bethoven n mozart bagi baby n mummy dengar.
- pasang bacaan al-quran bagi baby n mummy dengar
- praktis senaman yang belajarmasa antenatal kelas.
- cari info dari kekawan yang lebih experience. Supaya nanti lebih bersedia semasa di labour room dan semasa menjaga baby.
Rasanya itu la kot senarai yang saya buat setakat ni. Memandangkan bakal masuk 36 weeks, maka mulai next week akan kena check di klinik setiap minggu. Bencinya time kena amik darah. X suka kena cucuk.
No comments:
Post a Comment