Oh my God, semalam kena sengat dengan penyengat. orang kelam kabut nak angkat kain sebab hujan, tiba-tiba ada 2 ekor penyengat berumahtangga di penyepit baju. Maklumlah lama tuan rumah xda kat rumah. Lama encik suami tak mencuci kain di rumah, diorang pun ambik kesempatan membuat rumah kat penyepit baju.So bila terpegang je penyepit tu terus terkena sengatan. adoi, boleh tahan sakit. Mula-mula ok, tapi bila terfikir tengah pregnant, dah start risau baby. Terbayang segala toksin masuk dalam salur darah then darah tu dibawa ke baby. Oh my God, segala term sains dan biologi yang belajar masa skolah duduk terus dapat ingat balik. Jawab exam pun tak ble ingat macam ni. Dengan segera menelipon en suami. Kelam kabut la dia balik. Tempat kena sengat tu pun dah bengkak.
Suami bawa pergi Klinik Dr. Raja. 1st time g klinik kat Sandakan. Klinik kesihatan tu terkecuali la.. Doktor tanya sama ada dah kena injection masa 4 or 5 months pregnant dulu. Disebabkan I dah kena inject ari tu masa usia kandungan 5 bulan iaitu masa baby dah start bergerak, so doktor kata nothing to worry. Sebab suntikan tu dah cover untuk kalau kena benda camni. Kalau belum kena suntik lagi, dia akan terus suntik la. so, I pun lega la sebab tak ada efek kat baby. Doktor just bagi antibiotik yg safe utk baby.
Baru I sedar sejak bakal jadi ibu ni, everything yg berlaku pada diri I, bukan kita risau kesan pada diri sendiri tapi more to the baby. kalau makan lambat sket mesti risau baby lapar. Sebab ari tu masa I buat ujian MOGTT iaitu ujian yang kena minum air gula kat klinik kesihatan. Klu buat ujian tu kena puasa start pukul 10 pm. Lepas minum air gula tu nurse akan buat ujian darah dan air kencing 3 kali iaitu sebelum minum air gula, sejam selepas dan 2 jam selepas. Then lepas dah 2 jam tu I ada temujanji untuk check macam biasa. so x sempat g makan (sebenarnya malas nak kuar cari makanan). Then bila sampai turn check, jantung baby laju sangat. Nurse tanya dah makan ke belum. I bgtau belum makan sebab tadi buat MOGTT. Nurse terus suruh g makan cepat-cepat and datang test balik after 15 minute. Lepas makan, Alhamdulillah jantung baby dah normal balik. So baru I sedar rupanya kalau makan lambat pun baby akan ter'efek' gak. Oleh itu kepada ibu yang mengandung, apa saja yang berlaku pada ibu secara tak langsung baby pun akan terasa. kalau ibu tertekan, happy, letih dan sebagainya semuanya akan mempengaruhi personaliti dan kesihatan baby.
No comments:
Post a Comment