Friday, April 30, 2010

Tanda-tanda awal hamil

Semalam g check kat klinik. Alhamdulillah usia kandungan dah masuk 7 minggu. Harap-harap semua ok selepas tiba-tiba ada setompok darah yang sangat membuatkan seisi rumah bimbang beberapa hari lepas.

Sekarang saya nak kongsi pengalaman saya tanda-tanda awal saya pregnant. Memang la selalunya kita xtau kita pregnant sampai la kita lewat period. Kalau orang yang period tetap tu maybe dah ble agak la bila period dia lewat beberapa hari. Tapi kalau macam saya ni yang period pernah lewat 2 minggu nih, susah gak la.

Setiap orang kadang-kadang x sama tanda-tanda awal pregnant tu. Tapi kita kena la punya sensitiviti yang tinggi terhadap sebarang perubahan pada tubuh kita. Seboleh-bolehnya kalau memang kita dah plan nak kawin tu pastikan kita ambil tau serba sedikit pasal hal2 kehamilan ni. So kita dah ada persediaan awal. Kadang-kadang kegugurang berlaku di awal kehamilan sebab ibu-ibu terutama yang 1st time pregnant ni tak tau pun diorang mengandung. So diorang x jaga pemakanan. Makan nenas la, tapai.

Tanda-tanda awal yang saya sendiri alami, mula2 tu saya tak ble bau badan suami saya. Kalau nak tido tu mesti pastikan dia mandi. Kadang-kadang dia sampai dari sandakan pukul 12 malam, sy paksa dia mandi then baru la ble tido. Kesian dia. Tiba-tiba rasa mual bila bau badan dia. So klu ada bau wangi sabun tu ble cover la bau badan dia. thehehehe. Then bila sepatutnya time period, saya kecewa betul sebab period tu datang tepat pada waktunya. Ada keluar darah warna hitam-hitam tu and rasa sakit periodpain tapi x la teruk sangat. So kita ni siap-siap la pakai pad sebab tanda2 awal period tu dah ada. Tapi yang sangat hairannya, lepas dia kuar tanda awal period tu, bila saya check balik beberapa jam kemudian, langsung xda darah. Kebetulan hari tu saya aktif sket bergerak. and saya check lagi malam, ada balik warna coklat gelap. So saya fikir nak start period balik la ni. Hari-hari seterusnya pun macam tu. Warna coklat-coklat tu cuma keluar bila saya bergerak aktif je. So saya pun dah start jaga makan dan kurang bergerak aktif. Mak mertua saya pesan tanda-tanda tu macam sama macam dia nak pregnant dulu. Seminggu juga la jadi cam tu.

Suami saya yang kat Sandakan pulak tiba-tiba mengidam nak makan kuih apam. Comelnya. dia lak yang lebih-lebih nak makan. Saya xda pulak mengidam nak makan apa-apa. Then satu sandakan la dia cari kuih tu. Dia bagitau saya dia syak saya mengandung. Saya belum lagi buat UPT. UPT ni urine pregnancy test. Saya takut nak berharap sangat sebab pernah lambat period sampai 2 minggu. So tunggu la lepas 2 minggu. Lagi pun mungkin sebab saya xda rasa mual-mual, muntah, atau sakit kepala ke. macam biasa je cuma tak ble bau badan suami. hahaha. Tension dia bila balik dari Sandakan, nak manja-manja, nak peluk past tu kena rejek sebab wife nak termuntah. Dah la jumpa seminggu sekali je. Sorry yea sayang.

Lepas 2 minggu buat UPT, positif hamil. Then g check kt klinik lak. Positif lagi. Gembiranya. Cucu pertama is on the way.

Dari pembacaan saya antara tanda-tanda awal kehamilan yang umumnya terjadi macam
1. Muntah-muntah. Kalau tgk kat TV slalunya scene ni la diorang nak bagi hint kat penonton konon si pelakon pregnant. Wek, wek. Past tu g check doktor bagi tahniah. So org pun ingat kalau tak muntah tak pregnant. Macam aku la lambat buat UPT sebab x muntah. Camne ble terpengaruh ngan TV. TSK

2. Sakit kepala atau pening. Kalau yang ni jarang orang nak syak pregnant sebab kadang-kadang banyak perkara lain yang boleh buat kita sakit kepala dan pening.

3. Keluar cecair macam period. Ni cam yang saya alami sendiri la. Actually darah tu keluar sebab masa tu embrio sedang melekatkan dirinya ke dinding rahim. Jadi ada pendarahan dari situ. Selalunya situasi ni selalu disalah anggap sebagai period.

4. Sakit pada breast.Breast akan jadi lebih sensitif dan membesar.

5. Cepat lapar. Kalau saya kurang makan lagi ada la.

6. Kerap buang air kecil. Yang ni memang saya alami sendiri. Tengah-tengah malam terpaksa bangun sebab nak kencing. Kadang-kadang tu rasa cam baru je gi toilet. past tu nak g lagi. Dan lagi dan lagi, lagi. Pakai pampers la

7. Cepat letih.

So kalau ada mengalami tanda-tanda tersebut mula la jaga pemakanan. Tapi kalau korang x kawin lagi ke, or memang tau diri sendiri xda g buat hubungan dengan mana-mana lelaki jangan la g pandai-pandai rasa risau lak bila muntah-muntah. Past tu takut jumpa doktor sebab takut tiba-tiba pregnant. Buatnya korang kena food poisoning ke. tak ke naya.

Apapun tak semestinya tanda-tanda ni menunjukkan korang pregnant. Mesti kena buat test gak. Tanda-tanda ni cuma amaran awal supaya kita bersedia menjaga diri dengan lebih baik lagi kerana kemungkinan tubuh anda sedang membawa permata hati yang ditunggu-tunggu selama ni.

Tuesday, April 20, 2010

I am pregnant

Uhuu. Akhirnya test menunjukkan dua garis. Bagi yg tak tau maksudnya pregnant. Ok bukan niat disini nak ajar cara guna preganantcy test. Aku pertama kali guna pun tau secara otomatik. cess ortodok betul ejaan otomatik. Dua minggu lepas masa tiba-tiba rasa sakit perut macam nak period terus rasa down. Then berlaku tanda2 yang macam biasa seperti mula-mula period. Bulan ni tak berjaya lagi nampaknya. Keciwa betul la walaupun sempat gak gi tengok perlawanan bola sepak di Papar. Tapi on da way g Papar singgah kat Petronas. Heran betul xda setitik darah lepas tukar pad dari tengahhari. Yg pagi tu pun bukan gak darah tapi dia just macam yang dark stain. Then malam ada sket warna brown. Dan begitu berterusan sehingga beberapa hari . Rugi pad aku eh. Tiba-tiba nak berkira padahal pakai pantyliner je banyak. Sungguh heran ni . So g la cari di internet. Heran betul knp dah jadi tabiat setiap masalah mesti nak cari jawapan di internet. Kat internet bagitau tanda-tanda awal pregnant sebab zigot sedang menempel pada dinding uterus. Tapi sebab sampai beberapa hari dan kat internet tu xda bagitau sepatutnya berapa hari kejadian tersebut terjadi, maka terpaksa tanya pada mak mertua. Sebab ku fikir-fikir xkan la hari2 kot zigot ni menempel. ada berapa zigot ni. Setau aku masa belajar Bio dulu sekali je menempel. Dekat seminggu eh dia macam tu. Kadang2 banyak brown stain tu.
Disebabkan ketakutan. dan desakan encik suami. So tanya la kat mama. mama cakap dari experience dia macam nak pregnant. Hehehe. macam best dah dengar. Tapi x ble celebrate dulu. Tunggu la lagi.
Bila dah 2 week x period, so beli la pregnancy test. Dan result seperti di atas. Huh, terus g klinik utk confirmation. Doc cakap dah 6 weeks. X puas hati sebab dapat doc yang annoying tu. Tak ada pun dia congrate aku macam doc dalam cerita Adamaya tu lepas bagitau Adam Maya dah pregnant. Pulak tu 6 minggu gak dia pregnant. Tiru eh. Hoi apahal ni cerita kat TV lak masuk sini.



Gambar ni ambil lebih kurang sebulan lebih yg lepas. Baby ni mama letak kt perut kitaorang supaya cepat pregnant. Ok, sebulan kemudia betul2 pregnant. Kebetulan je tu. Jangan la percaya. Then korng gi ambik tah anak sapa2 gi letak kat perut korang. nanti kena karate oleh bapa baby.

Monday, April 12, 2010

My 1st fondant cake

This is my fondand cake yang I buat with my MIL and adik ipar. I tak la buat from A to Z. Tapi to me, macam satu anjakan paradigma yang amat sangat. Dulu-dulu buat choc chip pun x penah jadi. Dah banya kali buat still tak jadi. Dasar tangan kayu ke hape. Rasa biskut yang I buat pun pelik. Seteruk-teruk biskut kat kedai tu, biskut I lagi teruk rasanya. At least cantik rupa biskut yang kat kedai kalau pun rasa tak sedap. Tapi my choc chip dah la rupa huduh, rasa pn keras semacam. Bukan rangup, ok. Keras!!

Now, buka buku baru. Wow, tiba-tiba dah boleh buat cup cake, fondant cake. ngeh ngeh ngeh. Terus berangan nak buka kedai kek. amboi, kek di atas pun awak tukang tampal bunga yang kecik-kecik tu je dengan tukang cucuk lidi tu. Letih buat kek ni. 2 hari!! 3 orang tenaga kerja. Kebetulan time tu birthday my adik ipar. since my MIL baru je belajar ni dari sifu buat kek di sepanggar seminggu lepas, so kitaorang try la buat. Ok, memang susah nak buat. Patut la mahal orang jual kek cam ni. Berbaloi dengan keletihan membuatnya.
Rasa cam main plastesin yang kecik2 dulu kita main buat ular, gajah, orang, pizza (ok, tipu). Tapi bezanya dulu pandai-pandai la ko buat bentuk2 guna jari. Tapi fondant ni korang ada acuan dan alat2 dia. So kalau nak bentuk bunga, tekap je la. Tapi yang lecehnya benda ni cepat keras kalau biar terdedah lama-lama. Bila terlupa nak simpan tu, then dia jadi keras. Terus susah nak uli balik. Ok la. First time buat ni tentu banyak kesilapan. so we learn from mistake. Ingat!! Klu nak buat kek bertingkat cam ni base yang bawah tu mesti kuat. kena guna kek yang kuat cam fruit cake. So tak la kek ko senget macam ni lepas beberapa jam siap. Gambar di atas diambil siang. Baru siap. Gambar di bawah ni ambil pada malam kejadian.

Thursday, April 1, 2010

April Fool dan sejarahnya

Hari ini adalah 1 April. Kalau masa zaman sekolah dulu tarikh ini la yang ditunggu untuk kenakan orang. Saya jalan-jalan di beberapa blog dan saya mendapat info ini untuk renungan sesama kita.

Sila baca.

Perayaan April Fool’s Day ini mula dirayakan
sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak
berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya
runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam
rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian
bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan
orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar
keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan
mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu
penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang
dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan
harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan
menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah
dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.
Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh
kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah
yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol
tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini
turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya
merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka
sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

Cerita ini saya copy dari http://sofianhilmi.net/blog/

Dan saya juga terjumpa ini dari web lain.

Kadangkala dalam keghairahan setengah2 orang Islam untuk membuang unsur2 bukan Islam dalam budaya dan aktiviti harian, ada yang mereka2 (fabricate) cerita untuk menguatkan hujah bahawa sesuatu aktiviti itu adalah tidak Islamik (contohnya asal-usul April Fools). Saya taklah ingin mengatakan bahawa cerita yang dibawa adalah rekaan, cuma tidak ada bukti sejarahnya sebegitu. Kalau ada faktanya dalam penulisan2 sejarah, samada dari perspektif penulisan Islam atau bukan Islam, saya minta supaya dibawa ke sini.

Setahu saya, April Fool ini adalah berasal dari penukaran Tahun Baru kalendar Gregorian (Masihi) dari 1 April ke 1 Januari pada tahun 1564, manakala jatuhnya kerajaan Islam Granada ke tangan Kristian adalah pada 2 Januari 1492.

Oleh itu, dengan mewarwarkan cerita yang tidak diasaskan kepada fakta ini, niat baik untuk meningkatkan iman dan kualiti keIslaman seseorang Muslim itu, sebaliknya menyebabkan Islam makin dicurigai, ditertawakan dan diperlekehkan oleh masyarakat bukan Islam.

Bukti akan merbahayanya cerita-cerita sebegini ialah apabila Answering Islam, suatu laman web yang mempromosikan ajaran Kristian dan selalu memperperkecilkan ugama Islam, telah menggunakan cerita April Fool (versi Granada) ini untuk menguatkan hujahnya bahawa Islam itu adalah didokong oleh manusia-manusia yang paranoid (takut bayang-bayang sendiri) dan didirikan atas dasar kebencian dan permusuhan.

Saya tidaklah suka untuk rekomen laman web ni kepada pembaca semua kerana isinya adalah cukup mengelirukan dan kalau yang tidak kuat imannya boleh terpedaya, tapi kalau nak tengok bukti apa yang saya sebutkan di atas, bolehlah berkunjung sekejap ke:

http://www.answering-islam.org.uk/Hoaxes/aprilfool.html

Internet adalah suatu kuasa yang sangat kuat. Digunakan dengan bijak ia boleh menolong menyebarkan keindahan Islam kepada manusia sejagat, tetapi kalau digunakan untuk menyebarkan cerita-cerita separuh benar dan khabar-khabar angin, ia boleh menjauhkan manusia dari Islam.

Nasihat saya kepada semua yang ghairah untuk memaklumkan umat manusia tentang Islam, berhati-hatilah. Jikalau berhadapan dengan cerita-cerita seperti asal-usul April Fool ini, periksalah dulu, tanyalah mereka yang lebih mengetahui misalnya pakar sejarah dan ustaz-ustaz, supaya kita sendiri tidak menjadi April Fools, menjadi bahan ketawa masyarakat bukan Islam. Janganlah menjadi sumber penyebaran pembohongan dan fitnah.

Walaubagaimanapun, hari April Fools tetap tidak boleh disambut atau dibesar-besarkan oleh orang-orang Islam, kerana ia mempunyai unsur- unsur tipuhelah, ketidakjujuran dan boleh merosakkan hubungan silaturahim sesama kita yang mana kesemuanya ini adalah bukan nilai Islam.

Wallahua'lam.

Dicopy dari http://mindarakyat0.tripod.com/2001mac/i2001-0749.htm

Ayway, sekadar untuk berkongsi maklumat. Bagi saya setelah ada bukti yang betul-betul sah baru lah kita boleh mempercayai sesuatu tu. Apapun April Fool bukan la best untuk diraikan. Memang best untuk mengenakan orang. Tapi orang yang terkena tu sakitnya hati.

Masa saya sekolah dulu-dulu mujurla x seteruk mana diorang kenakan orang. Setakat tulis atas kertas 'Sila pukul saya' or 'Saya sangat bodoh, sila ketuk kepala saya sekarang' then tampal di belakang mangsa. Ok la let say tiba-tiba orang yang tak berapa betul baca tu, tak pasal-pasal dia jadi 'Yang menurut perintah' and terus pukul orang tu. Kan ke naya. Ataupun kalau pun anda terselamat dari dipukul, bila anda nak tukar baju then baju anda terperasan kertas tersebut tertampal di belakang baju anda. Oh malunya... Patut la orang senyum-senyum je kat aku tadi. Ingat ke nak mengorat. Cesss..xzsqwaxklpdaldja

Apapun orang kata hari April Fool tak boleh marah-marah dan HARUS reda terima GURAUAN2 tersebut walau pun ada gurauan yang boleh membikin anda panas hati dan melampau!! Ada kah patut begitu??Ok, hari ni x ble marah.