Every one looks very excited to welcome a new member in this family, and I pun dah terasa penat pretend mcm x faham apa2. And thinking umur makin meningkat, so better pregnant sekarang. Mama and bapa dah bagi hint nak cucu, adik2 pun buat2 excited bila jumpa baby cousin2 yang lain. Saje2 nak bagi aku paham la tue. Pantang nampak baby, even yang tak layak panggil baby pun diorang tetiba menjadi sangat excited. Ok, Ok I faham. We will try to give u all anak sedara, ok. Then boleh pulak masing2 jadi sangat tension and kuciwa bila i period. OMG!!
Disebabkan semua macam dh x sabar, so tetiba i pun jadi 2 kali ganda x sabar dari diorang. Sempat berangan pakai baju pregnant, berangan how do i look like, bawa perut memboyot. Can't wait, can't wait. Tapi bila dengar cerita Kak Shima yang baru lepas deliver a baby boy, kena operation, x dapat gerak and kena tido duduk beberapa hari, sakit sampai nangis2. Alamak, tetiba macam pudar balik semangat nak pregnant. Tapi lagi sekali bila tengok suma orang excited, so i pun jadi excited semula. Fighting!!
Memandangkan dah bersedia dari segi mental dan fizikal (Insya-Allah), so bila dah plan nak pregnant, wajib google 'Persediaan sebelum hamil'. Thanks google kerana menjadi sangat berguna bila I nak cari info2 yang berguna n yang merapu2 pun banyak gak. Hasil2 yang I dapat dari google preparation before pregnant that i happy to share with u guys.
Checklist before pregnant.
1. Sejarah kesihatan
If u all ada masalah kesihatan macam sakit jantung, kencing manis and darah tinggi, sangat la penting untuk berunding dengan doktor sebelum hamil. Sesetengah orang x da pun kencing manis and darah tinggi, tapi bila pregnant, tetiba je ada. Then, banyak gak terjadi, penyakit ni cuma singgah bila you all pregnant je, then bila korang dah bersalin, penyakit tu pun hilang and akan datang balik bila korang pregnant lagi. Banyak gak terjadi yang penyakit tu kekal sampai korang dah deliver the baby. Jadi kalau disahkan ada penyakit kencing manis and darah tinggi ni selalunya doktor akan bagi special care and sadisnya macam aku tengok ada pesakit yang kena ambil darah 4 times a day every week untuk monitor kandungan gula tu.
2. Persediaan mental, fizikal dan kewangan
Pasangan yang plan untuk mendapatkan baby patut bersedia dari semua segi. Dari segi fizikal bakal mummy perlu lebih bersedia kerana akan mengalami perubahan bentuk badan, pertambahan berat and morning sickness. Kalau sesapa yang mempunyai masalah kegemukan ni la masa nak turunkan berat badan sebab orang yang mengalami masalah obesiti ni susah sket nak hamil. Merancang untuk mempunyai anak ni kadang kadang boleh menjadi tekanan kepada bakal parent yang especially yang tidak bersedia. Persediaan mental sangatlah penting supaya pasangan dapat menghadapi situasi ini dengan baik. And agak penting gak bagi wanita yang nak dapatkan anak supaya elakkan diri dari tekanan sebab tekanan yang berterusan tu salah satu sebab susah nak dpatkan anak. Persediaan kewangan juga mesti dititikberatkan. Once u dah decide nak dapatkan anak, haruslah ada perancangan kewangan untuk baby. Pertambahan ahli keluarga bermaksud pertambah perbelanjaan. Keperluan baby seperti susu, pakaian, diapers, perubatan dan kos-kos lain yang berkemungkinan mesti diambil kira. Tapi jangan terlalu risau sebab setiap ana tu ada rezeki masing2. Apapun jangan la sampai x da usaha langsung.
3. Pemakanan
Bila dah hamil, baby dalam kandungan akan mendapatkan zat-zat untuk pertumbuhannya dari ibunya. Itu la orang slalu cakap 'makan untuk dua orang'. Tapi x la bermaksud anda kena melantak segala jenis makanan yang ada depan mata. 2-3 bulan before pregnant tu u all patut banyakkan makanan tambahan yan penting untuk pertumbuhan baby. Macam ada web yang aku jumpa tu dia cakap kalau nak plan hamil or wanita yang nak kawin, patutnya lagi 3-4 bulan dah start ambil susu untuk ibu mengandung. Ok, yang ni memang aku x buat la. Susu untuk ibu mengandung semestinya perlu kaya dengan kalsium. Kalsium tu penting untk pertumbuhan tulang baby. Sebab tu kalau u all perasan sesetengah ibu yang mengandung akan ada masalah yang disebabkan oleh kekurangan kalsium macam gigi rosak. Masa pregnant habis rongak gigi. Sebab baby dah serap kalsium tu dari badan ibu. Since gigi tu dah rongak, ia akan kekal begitu kecuali ko tukar pakai gigi palsu. Pasal korang bukan dalam peringkat muda remaja yang masih dalam fasa pertumbuhan gigi. To me, aku x da masalah dengan susu. Memang kegemaran pun. Apa2 hasil tenusu memang aku suka. So sebab tu la perasan macam badan dh cukup kalsium, so x payah ambil susu untuk ibu mengandung. Actually aku malu nak minum susu tu pasal nanti perasan dah mengandung. Mungkin nanti kalau dah tinggal rumah sendiri baru la beli susu ni if belum preg. Kalau dah preg wajib la kena beli. Bagi orang2 yang x ble minum susu, alah dengan susu, asal minum je mesti muntah, so u all patut ambil pil untuk tambah kalsium.
Then paling penting gak, 2-3 bulan before pregnant, masukkan asid folik atau folic acid dalam senarai supplement yang wajib diambil tiap hasil. Slalunya asid folik nih you all akan dapat free bila pergi klinik untuk check up mengandung iaitu selepas disahkan mengandung. Asid folik ni sejenis vitamin B yang berfungsi untuk mengurangkan risiko kerosakan tiub saraf. Kerosakan tiub saraf yang paling biasa ialah spina bifina. Faktor utama terjadi masalah spina bifina ni sbab ibu2 ni malas nak makan asid folik. Selain tu, masalah ni terjadi sebab banyak wanita x merancang kehamilan. Actually, kalau kita makan asid folik ni after dah pregnant dikira agak terlewat sebab slalunya kita dikesan hamil lepas kandungan dah berusia 6-8 minggu. Masa tu organ2 dan saraf baby dah terbentuk. Asid folik ni aku dah start ambil sejak 2 bulan lepas. A friend of mine yang sekarang dah bersalin bagi asid folik tu cukup stok sebulan. Aku pun ada beli sendiri kat farmasi. Murah je, RM3 untuk sebulan. Belilah, belilah. Ceh promosi lak. Selain asid folik, disarankan juga ambil pil zat besi untuk menambahkan darah.
4. Penyakit keturunan
Amat penting untuk korang tau tentang genetik and sejarah penyakit keturunan side korang and pasangan korang. Penyakit keturunan ni selalunya disebabkan keabnormalan pada genetik. Sesetengah kes memang u all x menghidapi penyakit tu tapi korang secara x sedar menjadi pembawa (carrier) gen tersebut dan akan diturunkan kepada anak kalau pasangan korang pun carrier kepada penyakit tersebut, maka jadila anak korang penghidap penyakit tersebut. Contoh penyakit yang diwarisi ni macm hemofilia, talassemia, G6PD dan banyak lagi. Kalau ada ahli keluarga atau saudara terdekat yang ada penyakit ni, kemungkinan korang adalah carrier agak tinggi. Untuk confrmation sila lah buat ujian darah di hospital atau klinik2 yang menyediakan perkhidmatan ni. Macam aku dulu masa nak kawin aku wat ujian talasemia awal2 cos ada realtive from my husband side yang ada sakit ni. So kebarangkalian dia sebagai carrier sangat tinggi. Then bila dah ada confrmation i xda carry gen tu, I tau anak nanti x da penyakit tu. Even kalau ada pun x da la sampai nak buat keputusan batalkan perkahwinan. At least bila u dapat baby nanti u dah bersedia dari segi mental terutamanya dengan keadaan tu.
5. Gaya hidup sihat
Paling paling penting kalau korang nak baby, harus la berhenti dari merokok, minum arak and hisap dadah. Sebab ni salah satu punca menyebabkan keguguran dan risiko kelahiran baby cacat. Kesian kat baby tu bila lahir cacat sebab parent dia punya habit. SO kalau nak baby yang sihat amalkan cara hidup yang sihat.
No comments:
Post a Comment