Ari tu I gi KL to attend majlis kahwin my adik ipar. Kalau dah ada kat KL ni biasa la mesti wujud perasaan risau sket terutama time2 Year end sales ni. Silap2 duit aku tinggal sekeping duit merah je buat bekal balik penang. Tapi rasanya en Husband patut lebih risau. Memandangkan kenduri hanya sehari so apa nak buat dengan lebihan hari-hari yang sangat membosankan tanpa sebarang aktiviti tu. So kami plan g ice skating kat Sunway Piramid. Serius teruja gila pasal x penah berskating. Sebenarnya lagi teruja nak ikut adik2 ipar bershopping. Tapi menyedari diri ini bakal resign bulan depan, maka terpaksalah save duit yang ada. Kalau x resign mesti aku la orang pertama yang menjelajah semua shopping kompleks kat KL. Jeles gile ah tengok diorang beli macam2. Oleh sebab nak cover perasaan jeles tu maka terpaksalah buat2 teruja nk ice skating. Saje2 nak bagi orang lain lak jeles kat kite. Ada ke?
Tapi sekali dah g sana memang best gile even lepas tu bila balik rumah habis lebam-lebam kat lutut *tempat favourite nak landing bila jatuh. Sebab g masa cuti sekolah, maka biasalah harga tiket and apa-apa pun mesti naik mencanak2. Kesian budak2 skolah. Time diorang holiday la nak naik segala harga. Kalau korang nak main ice skating ni time school holiday cam ni harga dia RM21. Klu hari2 biasa x la semahal tu. Then lepas tu korang ble main sampai la tutup lebih kurang pukul 9 mlm kot. aku g sana dengan my husband, zariq, Reni, Napi. Aku sorang je perempuan. Lepas dah bayar kitaorang dapat gelang yang ble scan before enter tempat tu. Past tu g ukur kaki n ambik kasut. Masa aku sampai tu memang teruja sebab tengok x da pun orang main. ada 2,3 orang budak kecik tengah meluncur. Dalam hati punya la syok pasal ble konker tempat tu. Stakat budak2 je apa la sangat. Tapi rupanya yanga aku tgk tadi x da org main pasal time rehat stengah jam. Tiap2 2 jam kan ada waktu rehat half an hour untuk diorang keringkan balik ais tu. time tu la budak2 yang keje kat tempat tu main. o yang aku nampak tu diorang tengan main time break la. Cesss. Lepas dh start balik rupanya ramai gle orang. Ni gelang yang ble scan tu. Cantik x?
Ni lak glove ngan kasut. Glove ni kena beli sebab lupa bawa. Beli kat kaunter harga die klu x silap RM6. Ada cop sunway lagi. Stoking xda dalam gambar sebab dh masuk dalam kasut. Wajib pakai klu xnak sakit kaki. Kalu nak beli ada jual kat kaunter. tapi aku beli sendiri kat luar pasal nak ada cop polo.
Sebagai seorang begginer yang sedar diri, aku main kat tepi2 je. letak je kasut kat atas ais serius licin gle. Then korang kena bagi bengkok sket kasut tu supaya boleh berdiri. Klu x susah sket nak imbang badan. Aku masuk je terus gerak sket2 kat tepi2 tu. Sedih betul tengok orang lain main macam2 aksi lak tu. Rasa cm org tua pun ada sebab nak gerak mesti kena pegang kat dinding2 tu. Muka dinding ah aku. Tapi bukan aku sorang yang stok bersidai. Ramai siot yang spesis aku. Masa tu rasa cam nak kawan dengan suma spesis aku yang kat tepi2 dinding tu.Rasa mcm nak ucap terima kasih sebab x sorang2 kat situ.
Lama2 tu dah pandai lepas tangan, ble imbang badan n gerak slow2 tanpa pegang dinding. Masa tu macam bangga gila. Akhirnya dah x jadi tua dah. Then bila dah pandai sket2 jadi wujudlah rasa ego n nak try skating sendiri. masa bergerak ok je tapi bila berhenti wajib jatuh punya. Yang bestnya, sebab aku sorang je pmpuan dalam group kami, so mesti la dijaga lebih oleh adik ipar and the geng. Kalau terjatuh atau buat2 jatuh pun mesti ada salah sorang diorang yang tolong angkat aku. then ble lak kitaorang buat ketapi 4 org. Husband aku x join itaorang berkereta api. dia control macho. then jatuh ramai2. Paling best bila rasa nak luncur dengan laju tapi sedar diri belum sampai ke tahap tu, so minta je diorang bawa. Masa tu macam tempat tu aku yang punya. Best best sebab ble perasan pro.
X ble ambil gambar kat dalam tu. dari luar ble la. ni time rehat setengah jam
Posing annoying ala2 bunkface kunun2nya. Paling tinggi tu adik ipr aku, c zariq.
Letih main n kaki pun macam nak cramp, aku kuar la rehat. Lepak dengan husband kat luar sementara tunggu zariq tengah mengayat sorang girl. Lepas dahk sakit2 badan jatuh, keletihan, seluar jeans I pun dah basah sebab asyik jatuh je n bapa pun dah call suruh balik, kami pun decide balik hotel.
suami aku muka tipu je letih tu. dia lagi banyak rehat dari main.
No comments:
Post a Comment