Tuesday, December 29, 2009

Horse riding

My husband came last week to spent holiday in Penang. We decided to go to horse riding centre which is just 1 km from my house. paid only RM5 for adult and RM3 children for 2 round pony horse riding. If anybody wish to take the course, it's cost RM300 and learn until u master in horse riding. Tgk pics poyo orang yang excited naik kuda

Add Image Semangat berkobar-kobar dari rumah
Posing poyo

Dia suka posing melampau, mentang2 aku panggil dia kuda zorro

Mari kita ukur sapa lagi tinggi
Sathia yang malu2 nak bergambar

Chess, ketara benar muka takut tu.

Kami dah pandai posing bersama

Hoho dapat naik.

Monday, December 28, 2009

Carl's Jr. sedap, KLCC

Makan, makan,makan. Kalau saat ni korang tanya Burger apa paling sangat tersedap, satu je jawapan dalam kepala otak aku, Carl's Jr. Burger KIng n McD kalah terus lepas aku rasa keenakan Carl's Jr ni. Kali pertama aku makan burger ni (sampai sekarang aku x penah lagi dapat makan dah pasal xda cawangan kat Penang), 1st time makan burger ni kat Sunway Pyramid iaitu after aku main ice skating.

Masa g kaunter tu pasal 1st time aku x tau nak order apa so aku tanya la kakak kat kaunter tu . Dia cadang la satu Burger ni. Tapi x ingat dah apa.
Then korang akan dapat 1 cawan yang korang kena ambik sendiri air tu kat tempat air. Kiranya korang ble refill berapa ratus kali yang korang mampu. Harga dia memang mahal sket tapi puas hati sebab saiz dia besar. X muat mulut aku nak gigit. Ke mulut aku yang kecik? Aku beli 2 biji burger tu ble share 5 orang. N setiap gigitan tu ' sedapnya, sedapnya,sedapnya.' Macam melampau sedap je aku explain ni kan? Daging dia memang lembut. Fries dia pun sedap gak. Then bila gigit tu ada cam fries kat dalam burger tu. Xtau la betul fries ke pasal x sempat tengok. Makan kelam kabut dengan nak kejar bas. Arghhh rindunya nak makan lagi. Kenapa la xda kat Penang????


Kalau nak try cari la lambang ni. Hasil google aku, cawangan Carl's Jr. ni selain kat Sunway pyramid, korang ble gak cari kat Pavillion, Mid Valley, One Utama. So sila la cari kat sana. Bila nak datang Penang hah???? Bila? Bila?


Kalau x silap aku x da la sebesar ni saiz dia. Mybe sebab dah terpenyek sebab kena bungkus. Tapi biasala suma iklan mesti nak bagi nampak sedap, besar. Tu sampai terkeluar cheese tu saja nak goda aku. Kalau korang yang 1st time tu x tau nk makan apa ringan2 la mulut tanya kat pekerja tu. Mesti diorang tau apa yang paling mendapat high demand. Aku pun lupa apa aku makan ari tu. 1st time makan susah sket nak ingat nama2 menu macam aku hafal menu McD.

Lepas tu g kat KLCC baring2 kat sana sambil kagumnya, kagumnya. Setiap kali tengok pun mesti rasa kagum dengan KLCC. Sebab kagum sangat, kononnya nak ambil gambar dengan KLCC.
Hambik ko. hitam terus muka x nampak apa. Nampak KLCC je.
Nah 1 lagi gambar makhluk hitam bawah KLCC.

Lepas tu buat keje orang xda keje, kami berlima berjalan dari klcc sampai hotel. Pukul 11 mlm baru sampai hotel.

Wednesday, December 23, 2009

Ice skating@ Sunway Piramid

Ari tu I gi KL to attend majlis kahwin my adik ipar. Kalau dah ada kat KL ni biasa la mesti wujud perasaan risau sket terutama time2 Year end sales ni. Silap2 duit aku tinggal sekeping duit merah je buat bekal balik penang. Tapi rasanya en Husband patut lebih risau. Memandangkan kenduri hanya sehari so apa nak buat dengan lebihan hari-hari yang sangat membosankan tanpa sebarang aktiviti tu. So kami plan g ice skating kat Sunway Piramid. Serius teruja gila pasal x penah berskating. Sebenarnya lagi teruja nak ikut adik2 ipar bershopping. Tapi menyedari diri ini bakal resign bulan depan, maka terpaksalah save duit yang ada. Kalau x resign mesti aku la orang pertama yang menjelajah semua shopping kompleks kat KL. Jeles gile ah tengok diorang beli macam2. Oleh sebab nak cover perasaan jeles tu maka terpaksalah buat2 teruja nk ice skating. Saje2 nak bagi orang lain lak jeles kat kite. Ada ke?

Tapi sekali dah g sana memang best gile even lepas tu bila balik rumah habis lebam-lebam kat lutut *tempat favourite nak landing bila jatuh. Sebab g masa cuti sekolah, maka biasalah harga tiket and apa-apa pun mesti naik mencanak2. Kesian budak2 skolah. Time diorang holiday la nak naik segala harga. Kalau korang nak main ice skating ni time school holiday cam ni harga dia RM21. Klu hari2 biasa x la semahal tu. Then lepas tu korang ble main sampai la tutup lebih kurang pukul 9 mlm kot.
aku g sana dengan my husband, zariq, Reni, Napi. Aku sorang je perempuan. Lepas dah bayar kitaorang dapat gelang yang ble scan before enter tempat tu. Past tu g ukur kaki n ambik kasut. Masa aku sampai tu memang teruja sebab tengok x da pun orang main. ada 2,3 orang budak kecik tengah meluncur. Dalam hati punya la syok pasal ble konker tempat tu. Stakat budak2 je apa la sangat. Tapi rupanya yanga aku tgk tadi x da org main pasal time rehat stengah jam. Tiap2 2 jam kan ada waktu rehat half an hour untuk diorang keringkan balik ais tu. time tu la budak2 yang keje kat tempat tu main. o yang aku nampak tu diorang tengan main time break la. Cesss. Lepas dh start balik rupanya ramai gle orang.
Ni gelang yang ble scan tu. Cantik x?

Ni lak glove ngan kasut. Glove ni kena beli sebab lupa bawa. Beli kat kaunter harga die klu x silap RM6. Ada cop sunway lagi. Stoking xda dalam gambar sebab dh masuk dalam kasut. Wajib pakai klu xnak sakit kaki. Kalu nak beli ada jual kat kaunter. tapi aku beli sendiri kat luar pasal nak ada cop polo.

Sebagai seorang begginer yang sedar diri, aku main kat tepi2 je. letak je kasut kat atas ais serius licin gle. Then korang kena bagi bengkok sket kasut tu supaya boleh berdiri. Klu x susah sket nak imbang badan. Aku masuk je terus gerak sket2 kat tepi2 tu. Sedih betul tengok orang lain main macam2 aksi lak tu. Rasa cm org tua pun ada sebab nak gerak mesti kena pegang kat dinding2 tu. Muka dinding ah aku. Tapi bukan aku sorang yang stok bersidai. Ramai siot yang spesis aku. Masa tu rasa cam nak kawan dengan suma spesis aku yang kat tepi2 dinding tu.Rasa mcm nak ucap terima kasih sebab x sorang2 kat situ.

Lama2 tu dah pandai lepas tangan, ble imbang badan n gerak slow2 tanpa pegang dinding. Masa tu macam bangga gila. Akhirnya dah x jadi tua dah. Then bila dah pandai sket2 jadi wujudlah rasa ego n nak try skating sendiri. masa bergerak ok je tapi bila berhenti wajib jatuh punya. Yang bestnya, sebab aku sorang je pmpuan dalam group kami, so mesti la dijaga lebih oleh adik ipar and the geng. Kalau terjatuh atau buat2 jatuh pun mesti ada salah sorang diorang yang tolong angkat aku. then ble lak kitaorang buat ketapi 4 org. Husband aku x join itaorang berkereta api. dia control macho. then jatuh ramai2. Paling best bila rasa nak luncur dengan laju tapi sedar diri belum sampai ke tahap tu, so minta je diorang bawa. Masa tu macam tempat tu aku yang punya. Best best sebab ble perasan pro.

X ble ambil gambar kat dalam tu. dari luar ble la. ni time rehat setengah jam
Posing annoying ala2 bunkface kunun2nya. Paling tinggi tu adik ipr aku, c zariq.

Letih main n kaki pun macam nak cramp, aku kuar la rehat. Lepak dengan husband kat luar sementara tunggu zariq tengah mengayat sorang girl. Lepas dahk sakit2 badan jatuh, keletihan, seluar jeans I pun dah basah sebab asyik jatuh je n bapa pun dah call suruh balik, kami pun decide balik hotel.



suami aku muka tipu je letih tu. dia lagi banyak rehat dari main.










Monday, December 21, 2009

Persediaan sebelum pregnant


This month is quite a busy month for me since i had decide to resign and move to Sabah. Anyway, big issue right now is to have a baby. We have been married for 6 month. Orang lain klu kawin sama dengan kitaorang dulu maybe tengah prepare nak beli katil baby, baju baby. Being a long distance husband and wife is quite difficult for both of us to plan a family.

Every one looks very excited to welcome a new member in this family, and I pun dah terasa penat pretend mcm x faham apa2. And thinking umur makin meningkat, so better pregnant sekarang. Mama and bapa dah bagi hint nak cucu, adik2 pun buat2 excited bila jumpa baby cousin2 yang lain. Saje2 nak bagi aku paham la tue. Pantang nampak baby, even yang tak layak panggil baby pun diorang tetiba menjadi sangat excited. Ok, Ok I faham. We will try to give u all anak sedara, ok. Then boleh pulak masing2 jadi sangat tension and kuciwa bila i period. OMG!!

Disebabkan semua macam dh x sabar, so tetiba i pun jadi 2 kali ganda x sabar dari diorang. Sempat berangan pakai baju pregnant, berangan how do i look like, bawa perut memboyot. Can't wait, can't wait. Tapi bila dengar cerita Kak Shima yang baru lepas deliver a baby boy, kena operation, x dapat gerak and kena tido duduk beberapa hari, sakit sampai nangis2. Alamak, tetiba macam pudar balik semangat nak pregnant. Tapi lagi sekali bila tengok suma orang excited, so i pun jadi excited semula. Fighting!!

Memandangkan dah bersedia dari segi mental dan fizikal (Insya-Allah), so bila dah plan nak pregnant, wajib google 'Persediaan sebelum hamil'. Thanks google kerana menjadi sangat berguna bila I nak cari info2 yang berguna n yang merapu2 pun banyak gak. Hasil2 yang I dapat dari google preparation before pregnant that i happy to share with u guys.


Checklist before pregnant.

1. Sejarah kesihatan
If
u all ada masalah kesihatan macam sakit jantung, kencing manis and darah tinggi, sangat la penting untuk berunding dengan doktor sebelum hamil. Sesetengah orang x da pun kencing manis and darah tinggi, tapi bila pregnant, tetiba je ada. Then, banyak gak terjadi, penyakit ni cuma singgah bila you all pregnant je, then bila korang dah bersalin, penyakit tu pun hilang and akan datang balik bila korang pregnant lagi. Banyak gak terjadi yang penyakit tu kekal sampai korang dah deliver the baby. Jadi kalau disahkan ada penyakit kencing manis and darah tinggi ni selalunya doktor akan bagi special care and sadisnya macam aku tengok ada pesakit yang kena ambil darah 4 times a day every week untuk monitor kandungan gula tu.

2. Persediaan mental, fizikal dan kewangan
Pasangan yang plan untuk mendapatkan baby patut bersedia dari semua segi. Dari segi fizikal bakal mummy perlu lebih bersedia kerana akan mengalami perubahan bentuk badan, pertambahan berat and morning sickness. Kalau sesapa yang mempunyai masalah kegemukan ni la masa nak turunkan berat badan sebab orang yang mengalami masalah obesiti ni susah sket nak hamil. Merancang untuk mempunyai anak ni kadang kadang boleh menjadi tekanan kepada bakal parent yang especially yang tidak bersedia. Persediaan mental sangatlah penting supaya pasangan dapat menghadapi situasi ini dengan baik. And agak penting gak bagi wanita yang nak dapatkan anak supaya elakkan diri dari tekanan sebab tekanan yang berterusan tu salah satu sebab susah nak dpatkan anak. Persediaan kewangan juga mesti dititikberatkan. Once u dah decide nak dapatkan anak, haruslah ada perancangan kewangan untuk baby. Pertambahan ahli keluarga bermaksud pertambah perbelanjaan. Keperluan baby seperti susu, pakaian, diapers, perubatan dan kos-kos lain yang berkemungkinan mesti diambil kira. Tapi jangan terlalu risau sebab setiap ana tu ada rezeki masing2. Apapun jangan la sampai x da usaha langsung.

3. Pemakanan
Bila dah hamil, baby dalam kandungan akan mendapatkan zat-zat untuk pertumbuhannya dari ibunya. Itu la orang slalu cakap 'makan untuk dua orang'. Tapi x la bermaksud anda kena melantak segala jenis makanan yang ada depan mata. 2-3 bulan before pregnant tu u all patut banyakkan makanan tambahan yan penting untuk pertumbuhan baby. Macam ada web yang aku jumpa tu dia cakap kalau nak plan hamil or wanita yang nak kawin, patutnya lagi 3-4 bulan dah start ambil susu untuk ibu mengandung. Ok, yang ni memang aku x buat la. Susu untuk ibu mengandung semestinya perlu kaya dengan kalsium. Kalsium tu penting untk pertumbuhan tulang baby. Sebab tu kalau u all perasan sesetengah ibu yang mengandung akan ada masalah yang disebabkan oleh kekurangan kalsium macam gigi rosak. Masa pregnant habis rongak gigi.
Sebab baby dah serap kalsium tu dari badan ibu. Since gigi tu dah rongak, ia akan kekal begitu kecuali ko tukar pakai gigi palsu. Pasal korang bukan dalam peringkat muda remaja yang masih dalam fasa pertumbuhan gigi. To me, aku x da masalah dengan susu. Memang kegemaran pun. Apa2 hasil tenusu memang aku suka. So sebab tu la perasan macam badan dh cukup kalsium, so x payah ambil susu untuk ibu mengandung. Actually aku malu nak minum susu tu pasal nanti perasan dah mengandung. Mungkin nanti kalau dah tinggal rumah sendiri baru la beli susu ni if belum preg. Kalau dah preg wajib la kena beli. Bagi orang2 yang x ble minum susu, alah dengan susu, asal minum je mesti muntah, so u all patut ambil pil untuk tambah kalsium.

Then paling penting gak, 2-3 bulan before pregnant, masukkan asid folik atau folic acid dalam senarai supplement yang wajib diambil tiap hasil. Slalunya asid folik nih you all akan dapat free bila pergi klinik untuk check up mengandung iaitu selepas disahkan mengandung. Asid folik ni sejenis vitamin B yang berfungsi untuk mengurangkan risiko kerosakan tiub saraf. Kerosakan tiub saraf yang paling biasa ialah spina bifina. Faktor utama terjadi masalah spina bifina ni sbab ibu2 ni malas nak makan asid folik. Selain tu, masalah ni terjadi sebab banyak wanita x merancang kehamilan. Actually, kalau kita makan asid folik ni after dah pregnant dikira agak terlewat sebab slalunya kita dikesan hamil lepas kandungan dah berusia 6-8 minggu. Masa tu organ2 dan saraf baby dah terbentuk. Asid folik ni aku dah start ambil sejak 2 bulan lepas. A friend of mine yang sekarang dah bersalin bagi asid folik tu cukup stok sebulan. Aku pun ada beli sendiri kat farmasi. Murah je, RM3 untuk sebulan. Belilah, belilah. Ceh promosi lak. Selain asid folik, disarankan juga ambil pil zat besi untuk menambahkan darah.

4. Penyakit keturunan
Amat penting untuk korang tau tentang genetik and sejarah penyakit keturunan side korang and pasangan korang. Penyakit keturunan ni selalunya disebabkan keabnormalan pada genetik. Sesetengah kes memang u all x menghidapi penyakit tu tapi korang secara x sedar menjadi pembawa (carrier) gen tersebut dan akan diturunkan kepada anak kalau pasangan korang pun carrier kepada penyakit tersebut, maka jadila anak korang penghidap penyakit tersebut. Contoh penyakit yang diwarisi ni macm hemofilia, talassemia, G6PD dan banyak lagi. Kalau ada ahli keluarga atau saudara terdekat yang ada penyakit ni, kemungkinan korang adalah carrier agak tinggi. Untuk confrmation sila lah buat ujian darah di hospital atau klinik2 yang menyediakan perkhidmatan ni. Macam aku dulu masa nak kawin aku wat ujian talasemia awal2 cos ada realtive from my husband side yang ada sakit ni. So kebarangkalian dia sebagai carrier sangat tinggi. Then bila dah ada confrmation i xda carry gen tu, I tau anak nanti x da penyakit tu. Even kalau ada pun x da la sampai nak buat keputusan batalkan perkahwinan. At least bila u dapat baby nanti u dah bersedia dari segi mental terutamanya dengan keadaan tu.

5. Gaya hidup sihat
Paling paling penting kalau korang nak baby, harus la berhenti dari merokok, minum arak and hisap dadah. Sebab ni salah satu punca menyebabkan keguguran dan risiko kelahiran baby cacat. Kesian kat baby tu bila lahir cacat sebab parent dia punya habit. SO kalau nak baby yang sihat amalkan cara hidup yang sihat.







Tuesday, December 15, 2009

Through my window

Really like this song. I ve heard before but donno what song n who sing this song. 1st dengar kat iklan TM yg ada 2 org kertas cute. Totally fallen in love with this song the the character of the kartun kertas tu. sooo kiut. Hari2 nak dengar sampai zariq n the gang dh panggil aku bunkface. Kureng asam. kata hubby. ' o skarng u lagi suka bunkface dari i'. Cinta monyet x kan bertahan. u cinta sejati i. dengan bunkface pun nak jeles. pls lah.


Bunkface - Through My Window

Ahhku [NoMoreRegret] | MySpace Video



Bunkface widget by 6L &


I love original version by Bunkface.