Thursday, November 11, 2010

Cloth diapers-Apa mommies patut tahu?

Nak war-warkan (bukan perang) kepada semua tadi I baru cuci lampin. Sebab tak ambil gambar so google je. Cute sangat tengok ada lampin berjemur di ampaian. Orang sekarang dah tak pakai lampin kain la. Apa la nak lipat-lipat way bentuk 3 segi. X modern betul. Apapun I rasa walaupun lampin kain ni orang dah jarang pakai sebab dipropa dengan diapers pakai buang, ai bila ada tersidai diampaian tu mcm nak bg tau kat semua orang 'hey, kat rumah n ada newborn baby'. Sungguh cute dan teruja..


Comel tak. Baby, mommy dah cuci lampin...

Semalam blog walking and mencari info persiapan sebelum bersalin. Past tu terjumpa pasal cloth diapers nih. Cloth diapers ni tak sure baru atau dah lama wujud tapi penggunaan diapers jenis ni masih belum meluas. Ok la maybe ada beberapa isu yang menyebabkan parents tidak begitu berminat guna cloth diapers ni. Antara sebabnya yang I rasa la mungkin juga sebab kurang pendedahan dan tidak seglamour diapers pakai buang yang selalu diiklankan ditv. Past tu untuk embelian kali pertama secara besar-besaran tu kebanyakan parents akan terpaksa keluarkan duit dalam jumlah yang besar. Mari kita tengok dulu rupa paras cloth diapers nih bagi orang yang baru nak kenal macam I ni.
Memang baby selalu tonggek. Ni rupa cloth diaper yang sedang dipakai

Isi kandungan cloth diaper

Kita selalu disogokkan dengan beribu kebaikan lampin pakai buang yang banyak dijual di pasaraya. Macam baby tak terjaga malam la, sentiasa kering, tiada kebocoran. Wahh... Anyway memang lampin pakai buang banyak menyenangkan kerja2 menjaga baby. Pakai dan buang. Berbanding cloth diapers ni memang ada perkara yang agak leceh sket sebab terpaksa dicuci lepas guna. Then kalau baby poo terpaksa mengotorkan tangan sket la.

Apa kebaikan cloth diapers ni?

Dari pembacaan saya mendapati:
  • Menjimatkan. Walaupun pada peringkat permulaan kita terpaksa keluarkan sejumlah wang yang besar sebab harganya agak mahal untk sesetengah orang keluarkan duit sekaligus. Dari survey saya dapati harga paling murah untuk sekeping diapers ni RM40. Kuantiti yang dicadangkan 10-20 helai. Kalau ada 10 je terpaksa cuci hari2 untuk penggunaan hari seterusnya. Jadi kuantiti yang paling sesuai adalah 20. So RM 40 x 20 =RM800. Huhuhu.Memang x sanggup kan. Terus nampak lampin pakai buang kat pasaraya Apapun dari segi long term sangat menjimatkan psal boleh dicuci lepas pakai. Past tu cloth diapers ni adjustable. Boleh pakai dari newborn sampai umur baby 3 tahun Past tu bleh diwariskan kepada adik2 dia lak. Tips: Kalau ada ibu bapa yang tegar nak guna cloth diapers ni, mybe boleh beli sket2 dulu. sebulan beli 5 helai dulu ke. 4 bulan dah cukup 20 helai. Untuk 5 helai tu pun budjet dalam seratus lebih gak la untuk cloth diapers harga sederhana.
  • Enviromental friendly. Pasal korang pakai dan cuci. Bukan pakai dan buang. So dapat mengurangkan kuantiti sampah. Lagipun lampin pakai buang dipasaran bukan biodegradable. Sesuai untuk pencinta alam.
  • difahamkan baby yang pakai diapers jenis ni lagi cepat belajar buang air and poo di toilet sebab diorang cepat rasa basah. Bila diorang pakai disposible diapers diorang akan sentiasa rasa kering (macam kat iklan). Tapi dengan menggunakan cloth diapers, walaupun insert berfungsi untuk memberi kekeringan kepada baby, baby masih dapat merasa kebasahan tu. So diorang dapat membezakan rasa basah dan kering tu.
  • Mengurangkan ruam lampin (nappy rash). Dari sudut kesihatan, cloth diapers ni diperbuat dari fabrik yang lembut. Selain itu disposible diaper mengamdungi bahan kimia sintetik yang boleh menyebabkan kanser. Bayi yang memakai cloth diapers ni juga diakui oleh para ibu anak-anak mereka tidak mengalami masalah ruam lampin. So dah jimat x payah beli cream nappy rash.
Stakat ni saya belum lagi buat keputusan nak guna cloth diapers atau tak. Memandangkan faktor terakhir tu terpaksa fikir dua kali. Setiap parent nak yang terbaik untuk anak diorang. So maybe akan beli beberapa helai dulu. Next month boleh tambah lagi kalau ok.

8 months already

Assalamualaikum..
Pejam celik pejam celik dah 8 bulan mengandung. Banyak perkara-perkara menarik yang dah dilalui sepanjang mengandungkan baby ni. Orang slalu cakap baby pertama ni both mummy n daddy lebih excited berbanding next baby. Mesti la sebab 1st experience. So semuanya serba baru. Dah masuk 8 bulan ni, kena check apa yang perlu dilakukan. Baby dah nak kuar. Kalau ikut doktor bila baby dah masuk 36 weeks, dah cukup matang untuk lahir. So memang kena prepare barang baby n beg utk dibawa ke hospital.

Ok, mari kita check apa preparation saya yang saya dah buat:
  • beg kelengkapan untuk ke hospital- prepare awal2 sebab tak ramai baby lahir pada tarikh due yang doktor bagi.
  • cari nama untuk baby- since memang dh tau jantina baby, kami dah cari nama yang sesuai utk our baby. tapi asyik bertukar je. kami sekarang panggil dia dengan nama yang memang dah confirm tak tukar dah. so bila bercakap2 dengan baby, akan guna nama tersebut.
  • barang-barang baby seperti pakaian, towel, stoking tangan dan kaki, botol susu dan lain-lain (akan disenaraikan dalam entri lain). Kebanyakan dah beli. Tinggal bakul dan tempat letak baju baby.
  • Past tu nak kemas bilik supaya sesuai dengan kehadiran baby.
  • Cuci pakaian dan barang2 baby yang dah dibeli. Oh belum buat lagi. Esok baru nak cuci sebab baru beli sabun untuk cuci baju baby.
  • barang-barang untuk mummy macam maternity pad, disposable panties, nursing bra (belum beli), stoking (kena tambah, esok g soxworld), kain batik (belum jahit lg) dll (akan disenarai di entry lain).
  • Ushar2 nursing wear yg sesuai. Belum rasa nak beli lagi.
  • pasang lagu bethoven n mozart bagi baby n mummy dengar.
  • pasang bacaan al-quran bagi baby n mummy dengar
  • praktis senaman yang belajarmasa antenatal kelas.
  • cari info dari kekawan yang lebih experience. Supaya nanti lebih bersedia semasa di labour room dan semasa menjaga baby.

Rasanya itu la kot senarai yang saya buat setakat ni. Memandangkan bakal masuk 36 weeks, maka mulai next week akan kena check di klinik setiap minggu. Bencinya time kena amik darah. X suka kena cucuk.

Monday, October 18, 2010

Trimester ketiga

Trimester ketiga adalah bila kandungan dah masuk minggu ke-29. Oh my God. Tetiba terasa cepatnya masa berlalu. Tak lama lagi dah nak bersalin. Ngeri doh!! Due 13 december 2010. Camne nak kira due? Senang je. Matematik sekolah rendah je. Mula-mula kena tau hari pertama last period sebelum kita tau kita pregnant. Apakah? Hari pertama last period, weh bahasa Malaysia pun macam dah tak betul. Contohnya macam kalau bulan lepas kita still period. Then bulan ni dah tak period kan. Past tu check urin, eh dah mengandung. So nanti nurse kat klinik mesti tanya 'bulan lepas bila 1st day ko datang period.' (Ish, ish cam ganas lak nurse tanya cam tu). Kalau tarikh itu adalah 12.2.2010, so kalau nak tau tarikh due tambah 7 pada hari iaitu dan tambah 9 pada bulan. Maknanya 12+7=19. 2+9=11. Maka due bersalin adalah 19.11.2010. Begitulah pentingnya setiap wanita mencatat kitar haid mereka setiap bulan.

Tapi selalunya beberapa percent je babay yang lahir tepat pada jangkaan yang dibuat. Tapi itu la tarikh yang menjadi rujukan cepat atau lambatnya baby tu keluar. Kalau ikut logik dia kira umur kandungan tu termasuk dengan seminggu kita period. Sebenarnya usia kandungan yang betul kurang seminggu dari usia yang dikira. kalau 15 minggu tapi yang sebenar-benarnya adalah 14 minggu.

Sekarang kandungan saya dah masuk minggu ke-32. Perut dah makin besar. Sejak trimester kedua perut dah start besar. Berat pun dah makin bertambah. dah 51kg masa last timbang ari tu. Perubahan-perubahan semasa trimester ke-3 ni agak ketara la.
  • Dah tak boleh duduk lala-lama. Sakit pinggang wooo.. Memandangkan sekarang tengah bertukus lumus siapkan jahit manik baju mama, so, setiap setengah jam kena berhenti rehatkan pinggang.
  • Dah tak boleh solat berdiri pasal susah nak bangun. Past tu nak sujud pun dah tak boleh. Perut dah besar. Jadi terpaksa solat duduk. Mula-mula terperasan kena solat duduk tu sebab lepas sujuk je termegah-megah.
  • Naik flight dah kena ada surat kebenaran doktor. Ah yang ni leceh. Kalau Airasia rasanya start 28 week dah kena ada surat kebenaran.
  • Kalau dulu baby tendang tak kuat, tapi sekarang macam main bola je kat dalam perut tu. Kadang-kadang tu boleh nampak perut bergerak-gerak. My husband suka letak tangan kat perut nak rasa tendangan baby. That's a beautiful moment for both of us.
  • Kadang-kadang kaki macam cramp. Nurse cakap itu normal sebab baby makin besar then kadang-kadang dia menghimpit salur darah. So sebab tu jadi cramp. Kalau nak kurangkan kena gerak-gerak kaki supaya darah dapat mengalir.
  • Kat perut macam gatal-gatal and tegang. Actualloy ni start dari trimester kedua dah rasa. My MIL cakap jangan garu sebab nanti ble jadi pecah-pecah and tinggal parut yang tak cantik lepas bersalin. So sila la beli coco butter tau losyen. Ari tu tanya doktor, dia cakap actually ikut keturunan gak. Ada orang yang kalau garu pun ok je kulit. Ada gak yang tak garu pun ada parut gak. Kalau nak tau tanya la mak-mak kita diorang dulu ada tak stretch mark ni. So far saya belum ada lagi. Sebab kalau rasa gatal-gatal, then bila hubby nampak pegang2 perut ala-ala nak menggaru, terus dia tegur. Hehehe. Tapi maybe x teruk sangat rasa gatal tu. So lepas letak bedak atau losyen ok la dia. Hilang terus rasa gatal.
  • Selera makan dah makin ok. Lepas tu cepat lapar. So kena ada snack ringan macam biskut, buah atau roti. Kadang-kadang tu minum susu in between masa makan.
  • Pergerakan dah tak boleh selincah dulu. Dulu rilek je nak shoping seharian. Tapi sekarang ni nampak je tempat duduk wajib berhenti rehat.
  • Kena extra care jaga pemakanan dan diri sendiri. So far takda masalah kencing manis, darah tinggi or perkembangan baby. Tapi makin baby besar, keperluan makin banyak. So kena berhati-hati dengan pemakanan. Tak boleh ikut nafsu makan makanan manis je sebab cepat lapar.
  • Dah kena wat kiraan pergerakan baby. Baby mesti bergerak sekurang-kurangnya 10 kali dalam masa 12 jam. Hari-hari kena catat dalam buku. Kalau kurang dari 10 pergerakan maknanya ada something wrong. So kena g hospital cepat-cepat. So far baby sangat aktif. Harap-harap tak da masalah sehingga selamat bersalin.
  • Dah start buat senaman untuk preggy mummy. Ari tu g kelas antenatal. diorang ada ajar senaman ni. Nanti la cerita dalam post lain. Senaman ni tujuan dia untuk menolong memudahkan masa proses nak bersalin nanti.
  • Kena check di klinik setiap 2 minggu. Dulu sebulan sekali je. Past tu berat mesti naik 0.5kg perweek. Ok kalau cam tu time check kat klinik mesti naik 1kg la kalau check setiap 2 minggu.
  • Sekarang dah mula sibuk-sibuk shoping barang baby. Adalah beli sket-sket. Macam blur gak apa tah nak beli. Comel-comel baju kecik je. Daddy la yang bershoping masa gi KL ari tu. Mummy belum lagi merasa bershoping barang baby. Tunggu daddy gaji bulan ni lah.
Rasanya itu la perubahan ketara setakat ni. Nanti 8 bulan tak tau apa lagi perubahan terbaru.

Wednesday, October 13, 2010

Disengat penyengat semasa hamil!!

Oh my God, semalam kena sengat dengan penyengat. orang kelam kabut nak angkat kain sebab hujan, tiba-tiba ada 2 ekor penyengat berumahtangga di penyepit baju. Maklumlah lama tuan rumah xda kat rumah. Lama encik suami tak mencuci kain di rumah, diorang pun ambik kesempatan membuat rumah kat penyepit baju.So bila terpegang je penyepit tu terus terkena sengatan. adoi, boleh tahan sakit. Mula-mula ok, tapi bila terfikir tengah pregnant, dah start risau baby. Terbayang segala toksin masuk dalam salur darah then darah tu dibawa ke baby. Oh my God, segala term sains dan biologi yang belajar masa skolah duduk terus dapat ingat balik. Jawab exam pun tak ble ingat macam ni. Dengan segera menelipon en suami. Kelam kabut la dia balik. Tempat kena sengat tu pun dah bengkak.

Suami bawa pergi Klinik Dr. Raja. 1st time g klinik kat Sandakan. Klinik kesihatan tu terkecuali la.. Doktor tanya sama ada dah kena injection masa 4 or 5 months pregnant dulu. Disebabkan I dah kena inject ari tu masa usia kandungan 5 bulan iaitu masa baby dah start bergerak, so doktor kata nothing to worry. Sebab suntikan tu dah cover untuk kalau kena benda camni. Kalau belum kena suntik lagi, dia akan terus suntik la. so, I pun lega la sebab tak ada efek kat baby. Doktor just bagi antibiotik yg safe utk baby.

Baru I sedar sejak bakal jadi ibu ni, everything yg berlaku pada diri I, bukan kita risau kesan pada diri sendiri tapi more to the baby. kalau makan lambat sket mesti risau baby lapar. Sebab ari tu masa I buat ujian MOGTT iaitu ujian yang kena minum air gula kat klinik kesihatan. Klu buat ujian tu kena puasa start pukul 10 pm. Lepas minum air gula tu nurse akan buat ujian darah dan air kencing 3 kali iaitu sebelum minum air gula, sejam selepas dan 2 jam selepas. Then lepas dah 2 jam tu I ada temujanji untuk check macam biasa. so x sempat g makan (sebenarnya malas nak kuar cari makanan). Then bila sampai turn check, jantung baby laju sangat. Nurse tanya dah makan ke belum. I bgtau belum makan sebab tadi buat MOGTT. Nurse terus suruh g makan cepat-cepat and datang test balik after 15 minute. Lepas makan, Alhamdulillah jantung baby dah normal balik. So baru I sedar rupanya kalau makan lambat pun baby akan ter'efek' gak. Oleh itu kepada ibu yang mengandung, apa saja yang berlaku pada ibu secara tak langsung baby pun akan terasa. kalau ibu tertekan, happy, letih dan sebagainya semuanya akan mempengaruhi personaliti dan kesihatan baby.

Saturday, August 14, 2010

Gelagat awal Ramadhan

Assalamualaikum, Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam.

Rupanya memang sangat lama saya tak berblog nih. Banyak betul aktiviti sepanjang saya mendiamkan diri. Paling best bulan lepas balik Penang jumpa mak. rindunya.Tak cukup 2 hari je di Penang. Belum puas makan masakan mak. Belum habis list makanan yang nak di makan.Ku ingin pulang lagiii....

Pejam celik dah pun kembali Ramadhan. Tahun ni sangat berbeza dengan tahun2 lain. 1st time ok berpuasa dengan suami dalam erti kata sebenar. Bukan la maksudnya tahun lepas puasa main-main. Ok, cam ni. Tahun ni 1st time puasa berdua dengan hubby. Macam tahun lepas tak dapat puasa sama-sama sebab malam raya baru dapat jumpa hubby yang balik dari Sandakan. Tahun ni saya berpuasa di Sandakan. Jadi kalau dah berdua je maka terpaksa lah masak untuk sahur sendiri. OOO...sebelum2 nih sapa yg masak?? thehehehe... mak. *shy*. Tapi memang macam tu kan. Kalau ada mak manja lebih sket. Bangun je makanan dah sedia atas meja. Klu sekarang buat cam tu alamat tak bersahur la kami berdua.Pukul 3 pg dah sibuk2 nak bangun untuk masak.

Oleh sebab baru 1st time berpuasa dengan suami, maka terpaksa belajar masak lauk dan biasakan makanan kegemaran dia. Kalau kami dulu time sahur lauk kegemaran adalah telur goreng dengan kicap kipas udang manis. sedap gile dengan lauk simple cam tu. Tapi dengan lakiku ini, kalau boleh hari-hari dia nak makan bubur nasi. Adusss.... tak tertelan rasanya kalau hari-hari begini. alasan dia supaya senang cerna and bagus time puasa. Peberet dia. Boleh la dia cakap cam tu. Aku??

Tahun ni 1st time puasa dengan perut memboyot. Kalau mengandung bermakna tak period. So siap-siap tanam azam nak puasa penuh. nak khatam Quran. Kalau tahun-tahun lepas mesti alasan cuti seminggu menggagalkan usaha khatam Quran. Tapi sebenarnya tak penah mencuba pun untuk khatam. Bulan ni baru 5 bulan kandungan ni. So harap-harap tak da masalah. Cuma rasa lebih letih sket walaupun rehat je hari2 kat rumah.

Tarawih kat Sabah paling best sebab belum sampai pukul 9 dah terpacak kat rumah. kat sini kan awal dia punya masa. Pukul 6 lebih dah berbuka. 7 lebih dah isyak. So kalau buat tarawih 8 rakaat memang la cepat. Kena lak imam baca surah pendek-pendek. So berazam lagi nak tarawih tiap2 malam. Tapi malam pertama dah kantoi. Pasal leka di rumah dan tak ambil tau bila puasa. Sedar-sedar dah habis tarawih baru tau rupanya esok puasa. Malas nak tarawih sendiri di rumah lak.

sekarang kena masak sendiri, jadi rajin sket mencuba resepi-resepi baru. Sibuk la google kat internet. Tapi sampai hari ni belum lagi merasa masakan sendiri time berbuka sebab memenuhi undangan berbuka puasa. (Ceh, macam ko tu YB je bila guna ayat 'memenuhi undangan berbuka puasa').

Ok la selamat berpuasa. Nak cari resepi baru

Saturday, July 3, 2010

Tekanan 4 tahun sekali

Tekanan, tekanan. Sekarang asyik letih tak cukup tido. lepas tu hati resah je sebab mesti nak kena check tv nak tengok preview, nak tengok perlawanan yang terlepas terutama yang pukul 2.30 pagi. Lepas tu kalau Mr Hubby ada kat rumah dia lebih rela tido di atas sofa daripada bertilam empuk dan bertemankan wife kesayangan. I terasa diketepikan. Lepas tu esok harinya susah la dia nak bangun bila nak ajak pergi mana-mana. Lepas tu terpaksa merajuk. Asyik-asyik merajuk je sekarang. Lagi tambah tertekan sebab dia telah menggunakan kuasa veto sebagai suami untuk melarang wifenya yang juga hantu bola daripada berjaga malam menengok bola. Alasannya kena jaga kesihatan ibu dan baby.

Hello, yg awak tu kenapa boleh berjaga malam lak?
Bukan saya yang pregnant.

Kenapa jadi haru hara begini hidup ini. Chewah..

Nasib la cuma 4 tahun sekali.

Thursday, May 13, 2010

Sekarang...Morning sickness!!

Sekarang i dah 8 weeks lebih pregnant. Bila dah masuk 2 bulan ni macam-macam mula terasa. before ni cuma terasa loya-loya je tapi tak sampai muntah. Nasib masih lagi boleh makan. Tapi bila masuk 2 bulan ni dah macam-macam ragam dia datang. Sekarang bau masakan pun tak ble. Nasib la bukan semua jenis masakan tak ble bau. Kalau nak jenuh gak la nak lari mana bila time orang memasak. Bila terbau je makanan bergoreng macam ikan goreng, sayur atau ayam goreng, tanpa berlengah lagi semua isi perut keluar. Bukan setakat tak ble bau, makan pun x boleh gak.

Lepas tu tension la sebab tak cukup makan. Perut pun asyik lapar je. Bila mak and bapa mertua tanya ada teringin nak makan apa-apa ke? Terus jadi blur. Sebab sekarang memang tak tau nak makan apa. satu halnya sebab takut muntah. Sebab lain lak semua makanan favourite tiba-tiba jadi makanan yang paling dibenci. Bayangkan bau megi Sedap tu pun boleh termuntah. Tapi sekarang megi kari yang tak digemari tu boleh lak makan. Padahal dulu before pregnant megi sedap la yang paling digemari. Sayur goreng pucuk paku dan sayur manis paling aku suka dulu sekarang ni dah tak boleh makan langsung. Sudahnya bila lapar terpaksa cari buah-buah atau roti atau nestum. Pendek kata sekarang semua makanan yang tak berbau je boleh dimakan.

Lepas tu lagi,sekarang bila kat dapur, even tak nampak pun makanan tu, tapi tiba-tiba hidung ni boleh jadi terlebih sensitif. Bila ada je ikan goreng kat tempat tu boleh je terbau. Lepas tu nak muntah. So kalau ada orang buat pertandingan mencari lauk ikan goreng tersembunyi, pastilah saya yang jadi juara.Then sekarang dah jadi tabiat bila makan mesti nak hidu dulu makanan. Hish, tak ble bawa masuk majlis kalau macam ni punya perangai.

Lepas tu lagi-lagi, terpaksa buat orang pening kepala berfikir apa la yang dia ni makan. Sumpah aku memang teringin nak makan tapi bila bau je terus loya-loya. Kadang-kadang nak dekatpun meja makan tu. Lama-lama boleh la jadi kurus kalau macam nih. Eh, eh tak ble kurus. Nanti bila check, doctor marah lak sebab terkurang berat badan. Jadi sekarang menu hari-hari adalah
  1. Pagi: Nestum, susu anmum, buah, roti- ok, perfect.
  2. Tengahhari: kalau ada lauk yang boleh dimakan, kenyang la hari tu sebab dapat makan nasi. klau tak makan buah,roti, coco crunch
  3. Malam: Makan buah, roti, vitamin b kompleks, asid folik, pil iron, susu anmum
Kadang2 rasa lapar sangat sampai nak termuntah. Lapar muntah, makan pun muntah. Tekanan eh. sabar je la demi my little baby.

Apa saya buat untuk mengatasi morning sickness?

Mak mertua bagitau selalunua paling lama morning sickness ni sampai 4 bulan je. Morning sickness ni sebab peningkatan hormon dalam badan. So harap2 bulan ke-3 nanti dah berkurang la segala alahan ni. Sementara nak tunggu trimester pertama ni habis, so ni yang saya buat untuk mengurangkan morning sickness.
  • Makan buah-buahan yang masam macam epal hijau, limau, anggur. saya pastikan ada buah-buahan ini dalam peti sejuk.
  • Elak makan makanan yang berminyak. Sebab makanan yang bergoreng n berminyak ni cepat buat kita loya.
  • Kalau time orang masak n makanan tu saya tak boleh bau, saya akan pergi ke bahagian lain dalam rumah. Tapi bau tu melekat gak
  • makan roti. Gantikan nasi dengan roti. So still dapat bekalan karbohidrat.
  • saya tak biarkan perut kosong. Kalau lapar mesti makan biskut atau roti atau minum nestum. sebb bila saya lapar saya rasa nak muntah.
  • Saya makan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap. Tips ni nurse kat klinik kesihatan yang bagi. Setakat ni menjadi la sebab memang tak berjaya makan banyak pun.
  • Saya sediakan biskut pek kecik-kecik di bilik. So bila lapar je boleh makan dengan cepat even tengah2 malam. so x payah nak kuar bilik. bila kena kelaur dari bilik tu yang buat kita malas nak cari makanan.
  • minum jus buah bila rasa mual.
  • Sya sentiasa bawa minyak big bird dalam botol kecik macam saiz botol minyak cap kapak tu. Bila ada bau yang saya x suka cepat-cepat hidu bau minyak tu. Boleh gak kalau nak bawa limau purut ke. Bau-bau macam ni boleh kurangkan rasa loya tu.
Anyway pengalaman untuk menjadi seorang ibu tu sentiasa indah.