Monday, November 16, 2009

Drama sebabak di KTM

Lama seh x update blog. Laptop ku tetiba x dapat on. Abangku yang bekerja sebagai JURUTEKNIK KOMPUTER pun x dapat settle problem tu. So terpaksa tunggu sifu dari Sabah buat. My En Hubby sampai dari KL by bas pukul 4.45 a.m hari rabu. Hari Sabtu dia dah balik KL sebab flite KL-Sandakan hari Ahad pukul 3 pm. So terpaksa balik KL awal sehari. Reason naik dari kl pasal xda tiket direct Sandakan-Penang.

EN suami mendecide g KL naik tren sebab kalau naik bas mesti sampai awal sangat, then mesti kna lepak kat puduraya berjam2 sampai ada tren LRT g KL Sentral. Then mesti boring gile tunggu sorang2 kat Puduraya, then mesti macam bahaya je kan, kan,kan. Ok cukup, izu.

Kami pun g beli tiket kat KTM Butterworth. Sampai sana tepat pukul 3.58 pm. Ok time rehat tulis kat sana REHAT 4 pm-5.30 pm. Eh eh baru 3.8pm. Apasal dah tutup kaunter. Ok la to kill the time kami pun pegi decide naik feri. Hobi suami ku naik feri. Tapi bukan dengan kereta, mesti naik yg pejalan kaki tu. Maybe sebab klu dengan keta mahal sket, klu jalan kena rm1.20 je sorang. X tau la kenapa hobi dia yang tu. Boleh je dia xda keje g berulang alik naik feri tu saja2 nak seberang ke pulau then balik bodoh2 macam tu je. Sebab suka naik feri.

Kami pun g naik feri. Beli2 buah pala, jeruk kat jeti sebelah pulau. Then naik feri balik ke Jeti Butterworth. Then berjalan g KTM balik. Elok2 pukul 5.30. Kaunter pun dah buka. Kami beli tiket kelas 2 harga RM67 dari Butterworth- KL Sentral. So boleh la dia terus check in kat kl sentral. Senang keje. Tren pukul 11 pm. Sampai KL sentrl dlm pukul 6 am.

Malam tu kitaorang 1 family hantar En Hubby g stesen KTM. Tengah bersembang tetiba ada drama lak. MUla2 ingat ada orang berlakon ke apa. Ada Chinese couple tengah bergaduh. Baling2 beg lagi. Then yang lelaki tu nak tinggal kan stesen tu. then pompuan tu lari2. Tarik dia. Then bergaduh lagi. Rebut2 hanset. Then pekerja KTM tu pun tolong sabar2kan diaorg. Tiba2 berpeluk. Aik, dah settle? Sampai tren nak jalan pun masih berpeluk. Sampai di akhir cerita, tren tu meninggalkan lelaki tu. Rugi 67 ringgit, kata mak ku. Macam dia tau je that guy naik kelas 2 ke kelas 3 ke. Sebelum drama sebabak dari chinese couple tu abang aku ada cakap nanti klu tren nak jalan hang buat la macam kuch kuch hota hai, baling2 baling selendang ke. Baru dramatik sket. Selepas drama sebabak tu Husband aku cakap, memang kat stesen ketapi org suka buat drama kan?

Ye la tu....Dramatik!!

No comments:

Post a Comment