Thursday, November 11, 2010

Cloth diapers-Apa mommies patut tahu?

Nak war-warkan (bukan perang) kepada semua tadi I baru cuci lampin. Sebab tak ambil gambar so google je. Cute sangat tengok ada lampin berjemur di ampaian. Orang sekarang dah tak pakai lampin kain la. Apa la nak lipat-lipat way bentuk 3 segi. X modern betul. Apapun I rasa walaupun lampin kain ni orang dah jarang pakai sebab dipropa dengan diapers pakai buang, ai bila ada tersidai diampaian tu mcm nak bg tau kat semua orang 'hey, kat rumah n ada newborn baby'. Sungguh cute dan teruja..


Comel tak. Baby, mommy dah cuci lampin...

Semalam blog walking and mencari info persiapan sebelum bersalin. Past tu terjumpa pasal cloth diapers nih. Cloth diapers ni tak sure baru atau dah lama wujud tapi penggunaan diapers jenis ni masih belum meluas. Ok la maybe ada beberapa isu yang menyebabkan parents tidak begitu berminat guna cloth diapers ni. Antara sebabnya yang I rasa la mungkin juga sebab kurang pendedahan dan tidak seglamour diapers pakai buang yang selalu diiklankan ditv. Past tu untuk embelian kali pertama secara besar-besaran tu kebanyakan parents akan terpaksa keluarkan duit dalam jumlah yang besar. Mari kita tengok dulu rupa paras cloth diapers nih bagi orang yang baru nak kenal macam I ni.
Memang baby selalu tonggek. Ni rupa cloth diaper yang sedang dipakai

Isi kandungan cloth diaper

Kita selalu disogokkan dengan beribu kebaikan lampin pakai buang yang banyak dijual di pasaraya. Macam baby tak terjaga malam la, sentiasa kering, tiada kebocoran. Wahh... Anyway memang lampin pakai buang banyak menyenangkan kerja2 menjaga baby. Pakai dan buang. Berbanding cloth diapers ni memang ada perkara yang agak leceh sket sebab terpaksa dicuci lepas guna. Then kalau baby poo terpaksa mengotorkan tangan sket la.

Apa kebaikan cloth diapers ni?

Dari pembacaan saya mendapati:
  • Menjimatkan. Walaupun pada peringkat permulaan kita terpaksa keluarkan sejumlah wang yang besar sebab harganya agak mahal untk sesetengah orang keluarkan duit sekaligus. Dari survey saya dapati harga paling murah untuk sekeping diapers ni RM40. Kuantiti yang dicadangkan 10-20 helai. Kalau ada 10 je terpaksa cuci hari2 untuk penggunaan hari seterusnya. Jadi kuantiti yang paling sesuai adalah 20. So RM 40 x 20 =RM800. Huhuhu.Memang x sanggup kan. Terus nampak lampin pakai buang kat pasaraya Apapun dari segi long term sangat menjimatkan psal boleh dicuci lepas pakai. Past tu cloth diapers ni adjustable. Boleh pakai dari newborn sampai umur baby 3 tahun Past tu bleh diwariskan kepada adik2 dia lak. Tips: Kalau ada ibu bapa yang tegar nak guna cloth diapers ni, mybe boleh beli sket2 dulu. sebulan beli 5 helai dulu ke. 4 bulan dah cukup 20 helai. Untuk 5 helai tu pun budjet dalam seratus lebih gak la untuk cloth diapers harga sederhana.
  • Enviromental friendly. Pasal korang pakai dan cuci. Bukan pakai dan buang. So dapat mengurangkan kuantiti sampah. Lagipun lampin pakai buang dipasaran bukan biodegradable. Sesuai untuk pencinta alam.
  • difahamkan baby yang pakai diapers jenis ni lagi cepat belajar buang air and poo di toilet sebab diorang cepat rasa basah. Bila diorang pakai disposible diapers diorang akan sentiasa rasa kering (macam kat iklan). Tapi dengan menggunakan cloth diapers, walaupun insert berfungsi untuk memberi kekeringan kepada baby, baby masih dapat merasa kebasahan tu. So diorang dapat membezakan rasa basah dan kering tu.
  • Mengurangkan ruam lampin (nappy rash). Dari sudut kesihatan, cloth diapers ni diperbuat dari fabrik yang lembut. Selain itu disposible diaper mengamdungi bahan kimia sintetik yang boleh menyebabkan kanser. Bayi yang memakai cloth diapers ni juga diakui oleh para ibu anak-anak mereka tidak mengalami masalah ruam lampin. So dah jimat x payah beli cream nappy rash.
Stakat ni saya belum lagi buat keputusan nak guna cloth diapers atau tak. Memandangkan faktor terakhir tu terpaksa fikir dua kali. Setiap parent nak yang terbaik untuk anak diorang. So maybe akan beli beberapa helai dulu. Next month boleh tambah lagi kalau ok.

8 months already

Assalamualaikum..
Pejam celik pejam celik dah 8 bulan mengandung. Banyak perkara-perkara menarik yang dah dilalui sepanjang mengandungkan baby ni. Orang slalu cakap baby pertama ni both mummy n daddy lebih excited berbanding next baby. Mesti la sebab 1st experience. So semuanya serba baru. Dah masuk 8 bulan ni, kena check apa yang perlu dilakukan. Baby dah nak kuar. Kalau ikut doktor bila baby dah masuk 36 weeks, dah cukup matang untuk lahir. So memang kena prepare barang baby n beg utk dibawa ke hospital.

Ok, mari kita check apa preparation saya yang saya dah buat:
  • beg kelengkapan untuk ke hospital- prepare awal2 sebab tak ramai baby lahir pada tarikh due yang doktor bagi.
  • cari nama untuk baby- since memang dh tau jantina baby, kami dah cari nama yang sesuai utk our baby. tapi asyik bertukar je. kami sekarang panggil dia dengan nama yang memang dah confirm tak tukar dah. so bila bercakap2 dengan baby, akan guna nama tersebut.
  • barang-barang baby seperti pakaian, towel, stoking tangan dan kaki, botol susu dan lain-lain (akan disenaraikan dalam entri lain). Kebanyakan dah beli. Tinggal bakul dan tempat letak baju baby.
  • Past tu nak kemas bilik supaya sesuai dengan kehadiran baby.
  • Cuci pakaian dan barang2 baby yang dah dibeli. Oh belum buat lagi. Esok baru nak cuci sebab baru beli sabun untuk cuci baju baby.
  • barang-barang untuk mummy macam maternity pad, disposable panties, nursing bra (belum beli), stoking (kena tambah, esok g soxworld), kain batik (belum jahit lg) dll (akan disenarai di entry lain).
  • Ushar2 nursing wear yg sesuai. Belum rasa nak beli lagi.
  • pasang lagu bethoven n mozart bagi baby n mummy dengar.
  • pasang bacaan al-quran bagi baby n mummy dengar
  • praktis senaman yang belajarmasa antenatal kelas.
  • cari info dari kekawan yang lebih experience. Supaya nanti lebih bersedia semasa di labour room dan semasa menjaga baby.

Rasanya itu la kot senarai yang saya buat setakat ni. Memandangkan bakal masuk 36 weeks, maka mulai next week akan kena check di klinik setiap minggu. Bencinya time kena amik darah. X suka kena cucuk.