Thursday, May 13, 2010

Sekarang...Morning sickness!!

Sekarang i dah 8 weeks lebih pregnant. Bila dah masuk 2 bulan ni macam-macam mula terasa. before ni cuma terasa loya-loya je tapi tak sampai muntah. Nasib masih lagi boleh makan. Tapi bila masuk 2 bulan ni dah macam-macam ragam dia datang. Sekarang bau masakan pun tak ble. Nasib la bukan semua jenis masakan tak ble bau. Kalau nak jenuh gak la nak lari mana bila time orang memasak. Bila terbau je makanan bergoreng macam ikan goreng, sayur atau ayam goreng, tanpa berlengah lagi semua isi perut keluar. Bukan setakat tak ble bau, makan pun x boleh gak.

Lepas tu tension la sebab tak cukup makan. Perut pun asyik lapar je. Bila mak and bapa mertua tanya ada teringin nak makan apa-apa ke? Terus jadi blur. Sebab sekarang memang tak tau nak makan apa. satu halnya sebab takut muntah. Sebab lain lak semua makanan favourite tiba-tiba jadi makanan yang paling dibenci. Bayangkan bau megi Sedap tu pun boleh termuntah. Tapi sekarang megi kari yang tak digemari tu boleh lak makan. Padahal dulu before pregnant megi sedap la yang paling digemari. Sayur goreng pucuk paku dan sayur manis paling aku suka dulu sekarang ni dah tak boleh makan langsung. Sudahnya bila lapar terpaksa cari buah-buah atau roti atau nestum. Pendek kata sekarang semua makanan yang tak berbau je boleh dimakan.

Lepas tu lagi,sekarang bila kat dapur, even tak nampak pun makanan tu, tapi tiba-tiba hidung ni boleh jadi terlebih sensitif. Bila ada je ikan goreng kat tempat tu boleh je terbau. Lepas tu nak muntah. So kalau ada orang buat pertandingan mencari lauk ikan goreng tersembunyi, pastilah saya yang jadi juara.Then sekarang dah jadi tabiat bila makan mesti nak hidu dulu makanan. Hish, tak ble bawa masuk majlis kalau macam ni punya perangai.

Lepas tu lagi-lagi, terpaksa buat orang pening kepala berfikir apa la yang dia ni makan. Sumpah aku memang teringin nak makan tapi bila bau je terus loya-loya. Kadang-kadang nak dekatpun meja makan tu. Lama-lama boleh la jadi kurus kalau macam nih. Eh, eh tak ble kurus. Nanti bila check, doctor marah lak sebab terkurang berat badan. Jadi sekarang menu hari-hari adalah
  1. Pagi: Nestum, susu anmum, buah, roti- ok, perfect.
  2. Tengahhari: kalau ada lauk yang boleh dimakan, kenyang la hari tu sebab dapat makan nasi. klau tak makan buah,roti, coco crunch
  3. Malam: Makan buah, roti, vitamin b kompleks, asid folik, pil iron, susu anmum
Kadang2 rasa lapar sangat sampai nak termuntah. Lapar muntah, makan pun muntah. Tekanan eh. sabar je la demi my little baby.

Apa saya buat untuk mengatasi morning sickness?

Mak mertua bagitau selalunua paling lama morning sickness ni sampai 4 bulan je. Morning sickness ni sebab peningkatan hormon dalam badan. So harap2 bulan ke-3 nanti dah berkurang la segala alahan ni. Sementara nak tunggu trimester pertama ni habis, so ni yang saya buat untuk mengurangkan morning sickness.
  • Makan buah-buahan yang masam macam epal hijau, limau, anggur. saya pastikan ada buah-buahan ini dalam peti sejuk.
  • Elak makan makanan yang berminyak. Sebab makanan yang bergoreng n berminyak ni cepat buat kita loya.
  • Kalau time orang masak n makanan tu saya tak boleh bau, saya akan pergi ke bahagian lain dalam rumah. Tapi bau tu melekat gak
  • makan roti. Gantikan nasi dengan roti. So still dapat bekalan karbohidrat.
  • saya tak biarkan perut kosong. Kalau lapar mesti makan biskut atau roti atau minum nestum. sebb bila saya lapar saya rasa nak muntah.
  • Saya makan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap. Tips ni nurse kat klinik kesihatan yang bagi. Setakat ni menjadi la sebab memang tak berjaya makan banyak pun.
  • Saya sediakan biskut pek kecik-kecik di bilik. So bila lapar je boleh makan dengan cepat even tengah2 malam. so x payah nak kuar bilik. bila kena kelaur dari bilik tu yang buat kita malas nak cari makanan.
  • minum jus buah bila rasa mual.
  • Sya sentiasa bawa minyak big bird dalam botol kecik macam saiz botol minyak cap kapak tu. Bila ada bau yang saya x suka cepat-cepat hidu bau minyak tu. Boleh gak kalau nak bawa limau purut ke. Bau-bau macam ni boleh kurangkan rasa loya tu.
Anyway pengalaman untuk menjadi seorang ibu tu sentiasa indah.